Page 13 - Amali Biota Tanah
P. 13
Gambar 8 menunjukkan contoh piramid aras trof tenaga
Haiwan seperti cacing, kulat, bakteria dan kutu kayu (Woodlices) akan menjalankan
peranan mereka dengan memakan bangkai-bangkai haiwan yang mati untuk membebaskan
nutrien-nutrien bukan organik seperti nitrogen dan karbon supaya dapat digunakan kembali oleh
tumbuhan untuk pembesarannya. Pemindahan tenaga dalam suatu ekosistem boleh dikenalpasti
dari satu tahap ke tahap yang lain mengikut piramid aras tenaga. Jika dilihat, setiap pemindahan
aras tenaga menunjukkan hampir 90% tenaga akan hilang ke persekitaran sebagai haba. Hanya
1/10 sahaja diterima oleh organisma (pemangsa) peringkat seterusnya untuk disimpan dalam
bentuk lipid dan protein. Pemindahan tenaga bukanlah seperti pemindahan karbon dan nitrogen
(kitar biogeokimia) yang mana kitar tersebut mengalir melalui ekosistem dalam kitaran yang
berterusan. Tenaga berkurangan sewaktu dipindahkan dari satu peringkat ke peringkat yang lain
(organisma ke organisma) sehingga akhirnya hilang sebagai haba.
4.0 Peluang dan ancaman
Terdapat beberapa peluang yang diperolehi kami sepanjang melaksanakan amali ini.
Antaranya adalah dapat mengenali nama-nama makrofauna yang terdapat pada tanah berserta
fungsinya. Contohnya kami dapat mengenalpasti athropods seperti kutu kayu, cacing grindal dan
siput-siput yang berbagai bentuk. Selain itu, kami dapat mengenalpasti struktur tanah yang
berbeza mempunyai kualiti yang berbeza dari segi kelembapan, jumlah makrofauna perliter
kawasan, dan tahap naungan tanah. Struktur tanah ini menjelaskan jumlah kewujudan
makrofauna berdasarkan pengiraan perliter tanah. Peluang lain yang diperolehi oleh kami dapat
diperhatikan sewaktu penyelenggaraan alatan untuk eksperimen ini dimana kami dapat
melakukan sedikit pendawaian untuk memasang mentol lampu secara sesiri dari satu meja ke
meja yang lain. Hal ini sedikit sebanyak menambahkan kemahiran kami serta melibatkan kami
dengan Elemen Merentas Kurikulum terutama berkaitan dengan hal-hal kejuruteraan.