Page 12 - Amali Biota Tanah
P. 12
Merujuk pada rajah jaringan makanan yang dipaparkan dan juga rajah yang dilukis oleh
saya di atas, produser atau pengeluar utama dalam jaringan mikrofauna tanah ini adalah rumput
atau lalang. Untuk menjamin kemandirian setiap suatu organisma dalam komponen biosis,
individu organisma tersebut memproduksi makanan sama ada secara sendiri atau pun dengan
memakan organisma lain sebagai sumber. Rumpai, rumput, lalang atau kebanyakan tumbuhan
berfungsi sebagai produser dapat menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis
kerana wujudnya pigmen hijau (klorofil) yang menyerap tenaga dari cahaya matahari. Makanan
yang terhasil digunakan untuk kemandirian tumbuhn tersebut (bekalan makanan) dan juga
membekalkan sumber tenaga (makanan) kepada organisma herbivor yang memakan tumbuhan.
Suatu ekosistem mempunyai tiga kumpulan nutrisi iaitu pengeluar, pengguna (konsumer) dan
pengurai. Rantai makanan adalah satu rantaian organisma dalam suatu ekosistem yang
dihubungkan kepada organisma yang lain melalui pemindahan atau pengaliran tenaga merujuk
piramid aras tenaga. Setiap organisma masing-masing menjadi mangsa pemangsa kepada
organisma sebelum dan selepasnya. Jaringan makanan pula merupakan interaksi makanan yang
kompleks yang terdiri daripada beberapa rantaian makanan.
Setiap konsumer di dalam suatu komuniti kebiasaanya mempunyai pelbagai pilihan
makanan dan berkemungkinan pengguna itu juga mungkin dimakan oleh pelbagai pemangsa
(kebiasaan omnivor atau karnivor) yang lain. Pada rajah saya di atas, tumbuhan jenis penyesar
seperti lalang dan rumpul berperanan sebagai pengeluar atau organisma autotrof yang
berperanan memproses makanan sendiri (fotosintesis). Lalang menyerap sinaran cahaya
matahari untuk mensintesiskan karbohidrat dan protein melalui proses fotosintesis. Umum
mengetahui lalang dan rumput iaitu produser menduduki aras trof yang pertama. Haiwan
pemakan bangkai pula merupakan hetorotrof yang mengambil zat makanan dengan memakan
detritus dimana seperti yang terdapat pada gambar rajah saya iaitu cacing tanah, kutu kayu
(Woodlices), bakteria, fungi dan cacing grindal. Dengan itu, mereka telah menyumbang kepada
penguraian dan kitaran zat makanan. Haiwan pemakan bangkai hidup dalam mana-mana tanah
yang kaya dengan sumber organik dan haiwan ini dikenali sebagai detritivor. Apabila organisma
di bahagian atas seperti kelekatu, siput kecil panjang dan siput kecil bulat telah mati, tenaga dan
nutrien akan hilang dan tidak dapat disalurkan lagi melalui rantai makanan tersebut. Pada waktu
tersebut, detritivor akan memainkan peranan sebagai agen saprofik dalam penguraian
semulajadi bahan-bahan organik.