Page 14 - Amali Biota Tanah
P. 14
Dari segi ancaman pula dapat dilihat dari faktor kekurangan bahan dan radas untuk
melakukan eksperimen. Kami mengambil inisiatif mereka sendiri corong tullgren dengan
menggunakan botol plastik. Ancaman lain yang dihadapi oleh kami adalah dari segi kemenjadian
corong tullgren buatan kami kerana mungkin berlaku beberapa masalah yang mengakibatkan
pasir sedikit terjatuh ke dalam bikar terisi air bersih yang mengganggu pemerhatian kami. Malah,
hasil selepas 24-48 jam juga agak mengecewakan kerana hanya sedikit makrofauna yang
terjatuh daripada rongga corong tullgren dan kelihatan pada bikar terisi air. Makrofauna besar
tersangkut pada hujung corong tullgren menyebabkan kami mengambilnya secara manual.
Ancaman lain adalah mentol lampu yang digunakan terbakar (had 24 jam sahaja). Eksperimen
kami pada awalnya dirancang selama 24 jam, namun disebabkan oleh hasil yang kurang
memberangsangkan, kami menambahkan tempoh kepada 48 jam sehingga mentol terbakar.
Kesimpulan
Terdapat pelbagai jenis makrofauna di dalam tanah yang subur dan lembap. Tanah terkandung
pelbagai elemen yang penting bagi kehidupan sesuatu makrofauna dimana tanah yang
mengandungi pelbagai bahan (mineral dan nutrien) atau elemen akan mempunyai lebih banyak
makrofauna didalamnya untuk kelangsungan proses ekosistem. Lokasi sampel tanah A iaitu
tanah tapak pembakaran sampah mempunyai lebih banyak bilangan makrofauna berbanding
lokasi sampel tanah B iaitu tanah kebun. Hipotesis diterima.