Page 42 - PROFILE MAQASID SHARIAH
P. 42

2.5     Pendekatan Islam Hadhari





               Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai suatu
               pendekatan untuk  membangun  ummah  dan  Negara berdasarkan
               perspektif  ketamadunan  Islam.  Mesyuarat  Jemaah  Menteri  pada  31
               Mac  2004  meminta supaya agensi-agensi  Kerajaan  mempromosikan
               Pendekatan Islam Hadhari yang progresif melalui pembaharuan dan
               penambahbaikan. Pada 17 Oktober 2004 Jemaah Menteri telah melantik
               Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai agensi penyelaras
               bagi melaksanakan Pendekatan Islam Hadhari.


               Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan berdasarkan kepada Islam
               Sebagai Agama Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3(1)
               menyebut bahawa “Islam agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama
               lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
               Persekutuan”. Pendekatan Islam Hadhari menekankan kepada 10
               prinsip iaitu:




                    Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah      1        6    Kehidupan Berkualiti



                             Kerajaan Adil dan Beramanah     2        7    Pembelaan Hak Minoriti dan Wanita



                                  Rakyat Berjiwa Merdeka     3        8    Keutuhan Budaya Dan Moral


                            Penguasaan Ilmu Pengetahuan      4        9    Pemuliharaan Alam Sekitar


                     Pembangunan Ekonomi Seimbang dan        5             Kekuatan Pertahanan
                                            Komprehensif              10





           42  Profil Maqasid Syariah
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47