Page 65 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 65
TUMPUAN TENAGA KERJA K5 - 4 Kepakaran dan pengalaman tenaga kerja pengkhususan untuk Hal Ehwal Pelajar
yang mana terdapat tenaga kerja yang memiliki kelulusan melebihi kelayakan untuk jawatan
yang disandang. Dengan kelebihan yang dimiliki akan dimanfaatkan untuk menjayakan
aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan pelajar, contohnya sebagai penceramah modul
kerjaya dan pembangunan pelajar, motivasi dan kerohanian pelajar.
Kepuasan dan Kesejahteraan Terhadap Persekitaran dan Sistem Kerja
Kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja. Kehendak ini akan mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatan yang menyeluruh ke arah pencapaian matlamat kerjaya seterusnya menyumbang kepada kepentingan organisasi. Kepuasan kerja merupakan keperluan utama manusia sebagai pekerja dan harus dipenuhi bagi mencapai tahap kesempurnaan kendiri. Persekitaran fizikal kerja dapat mempengaruhi tenaga kerja dari segi perlaksanaan, kepuasan dan kesihatan mereka. Contoh keadaan fizikal seperti ruang kerja (pencahayaan, susun atur dan rekabentuk tempat kerja, jumlah peruntukan ruang dan jenis perabot yang disediakan). Untuk memastikan tahap kepuasan hati di kalangan tenaga kerja, Pengurusan UiTMCPh mengaplikasikan sistem kerja yang telah digariskan oleh JPA iaitu Sistem Kad Perakam Waktu (KPW), Waktu Kerja Anjal, Pengurusan Kaunter Berkualiti, Pengurusan Fail dan Rekod, Kementerian Pengajian Tinggi (MQA dan SUFO), UiTM Induk (UiTM Happiness Index) di samping kepekaan kepada teknologi semasa, keselamatan, kesihatan pekerjaan dan kebajikan (OSHA, SOSCHo dan Pengurusan Risiko).Tahap kepuasan hati tenaga kerja terhadap persekitaran dan sistem kerja sekarang boleh dilihat melalui situasi seperti Jadual 5.4.
Jadual 5.4 : Tahap Kepuasan Tenaga Kerja
Kegagalan pengurusan untuk menangani keluhan tenaga kerja akan menimbulkan kerugian kepada organisasi dalam mencapai produktiviti yang tinggi sekaligus akan menyebabkan kepincangan dan kelemahan organisasi. Justeru, Pengurusan UiTMCPh sentiasa peka terhadap keluhan tenaga kerja terhadap persekitaran dan sistem kerja dan direalisasikan melalui tindakan seperti jadual 5.5.
Jadual 5.5 Keluhan Tenaga Kerja dan Penyelesaian Masalah
K5-
\*
MERG
EFOR
MAT 1
PAGE
Perkara
Tahap Kepuasan
Proses Pentadbiran
Sederhana Gembira
Kepuasan Kerja
Sederhana Gembira
Kepimpinan
Sederhana Gembira
Fasiliti
Sederhana Gembira
Penyelenggaraan
Sederhana Gembira
Sistem Pemantauan
Sederhana Gembira
Pencapaian Peribadi
Sederhana Gembira
Kebolehan Kendiri
Sederhana Gembira
Perkara
Keluhan Tenaga Kerja
Penyelesaian Terhadap Keluhan
Persekitaran dan Sistem Kerja
Staf Akademik
● Alatan pengajaran tidak berfungsi
● Bilik kuliah tidak diselenggara
● Peralatan pengajaran tidak
mencukupi
● Perabot bilik pensyarah rosak
● Proses pengesahan jawatan
● Proses kenaikan pangkat
● Bilik pensyarah
● Jadual kuliah
● Lokasi bilik kuliah
● Tiada penggantian staf yang
berhenti/bertukar
● Permohonan pertukaran tanpa
pengganti (permohonan tidak
● Jadual penyelenggaraan secara berkala
● Tambahan kerja dalam kontrak
● Pembersihan
● Khidmat sukarela dari pelajar
sebelum dan selepas kuliah
● Penggabungan kelas
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang