Page 28 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2013
P. 28

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH     2019


                      4.2     Murid-murid tidak boleh diarah/dipaksa untuk membeli buku-buku panduan,
                              buku kerja, buku bacaan tambahan dsbnya sebelum mendapat kebenaran Guru Besar.

                      4.3     Sebarang kutipan wang/yuran sekolah hendaklah diserahkan kepada Guru
                              Besar secepat mungkin.

                      4.4     Resit rasmi sekolah hendaklah dikeluarkan/diberikan kepada murid yang  menjelaskan
                              yuran.

               5.0    GURU BERTUGAS
                      5.1     Bertanggungjawab mengawasi semua hal mengenai murid-murid. Menulis catatan ke dalam
                              Buku Laporan Guru Bertugas.

                      5.2     Perhimpunan

                              5.2.1  Memastikan perhimpunan dijalankan dengan kemas dan teratur.

                              5.2.2  Memastikan peralatan P,A berfungsi dan boleh digunakan.

                              5.2.3  Memberikan ucapan ringkas yang menyentuh hal disiplin, kebersihan, motivasi dan
                                     aktiviti murid.

                      5.3     Guru bertugas dikehendaki mencatat butiran maklumat dalam sebarang bentuk taklimat
                              atau ucapan yang diberikasn oleh guru besar, penolong kanan atau guru-guru.
                      5.4     Sebelum meninggalkan sekolah, guru bertugas dikehendaki membuat pemeriksaan untuk
                              memastikan semua lampu, penghawa dingin dan computer di bilik guru / kelas telah ditutup
                              serta memastikan semua bilik telah dikunci dengan baik dan selamat.

               6.0    PENDAFTARAN MURID

                      6.1     Pendaftaran kemasukan pelajar ke Tahun Satu mesti diuruskan setiap tahun
                              berdasarkan kepada syarat-syarat umur dan peraturan yang telah ditetapkan
                              oleh pihak Kementerian Pelajaran / Jabatan.

                      6.2     Pihak sekolah perlu menguruskan urusan perpindahan murid dan  mematuhi
                              segala peraturan yang telah disediakan.

                      6.3     Setiap murid perlu diberi peluang menggunakan kemudahan secara adil dan saksama.

                      6.4     Segala bantuan yang diberi khas kepada murid seperti pakaian seragam  sekolah, Skim
                              Pinjaman Buku Teks dan sebagainya dibahagikan secara adil dan mengikut syarat-syarat
                              yang ditetapkan.

                      6.5     Semua guru ialah Guru Disiplin Sekolah dan bertanggungjawab sepenuhnya  untuk
                              memastikan dan mengawal perkembangan tingkah laku serta disiplin murid.

                      6.6     Semua Guru Kelas dipertanggungjawabkan untuk menyedia dan menyimpan
                              rekod perkembangan individu.

                      6.7     Semua kes disiplin murid yang berat dan tidak dapat diselesaikan oleh guru haruslah dirujuk
                              kepada Penolong Kanan HEM untuk tindakan.
                      6.8     Rekod Bulanan ( Retan Bulanan) kehadiran   murid  mesti dilaporkan serentak
                              dengan rekod kesihatan.
                                                                 28
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33