Page 27 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2013
P. 27
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2019
PERATURAN-PERATURAN HAL EHWAL MURID
1.0 HAL EHWAL MURID
1.1 Guru Besar bertanggungjawab menjadi pengerusi jawatankuasa tersebut dan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ialah naib pengerusi.
1.2 Anggota Jawatankuasa terdiri daripada :
1.2.1 Setiausaha Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
1.2.2 Anggota Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
1.3 Menentukan Dasar Hal Ehwal Murid Sekolah selaras dengan dasar-dasar yang
ditentukan oleh PPD, JPN, KPM dan Akta Pendidikan.
1.4 Menetapkan Mesyuarat Jawatankuasa Sekolah Hal Ehwal Murid sekurang-kurangnya 4 kali
setahun.
1.5 Menetapkan sistem fail dan dokumen Jawatankuasa Hal Ehwal Murid Sekolah
1.6 Dasar penyediaan Rancangan Aktiviti Tahunan dan rekod laporan pelaksanaan aktiviti.
1.7 Menentukan hari penghantaran rekod pelaksanaan aktiviti untuk pengesahan Guru Besar /
Penolong Kanan.
1.8 Memantau dan menilai program Hal Ehwal Murid
2.0 JADUAL KEDATANGAN
2.1 Buku Kedatangan ialah dokumen penting sekolah. Guru kelas hendaklah menandakan setiap
hari dan dihantar ke pejabat pada waktu pertama jadual waktu. Jika Guru Kelas bercuti atau
berkursus, tugas ini diambil alih oleh guru penyelaras.
2.2 Cara menulis/mengisi/menanda semua ruangan hendaklah dipatuhi seperti
peraturan yang tercatat dalam Buku Kedatangan.
3.0 KESIHATAN DAN KESELAMATAN
3.1 Guru kelas atau guru yang bertugas mingguan hendaklah segera berhubung dengan ibu
bapa/penjaga murid sekiranya terdapat kes-kes yang berkaitan dengan kesihatan murid.
3.2 Murid sakit/mendapat kemalangan yang perlu dihantar balik ke rumah atau ke
klinik/hospital hendaklah direkodkan dalam Buku Laporan Guru Bertugas.
3.3 Murid yang tidak hadir selama tiga (3) hari berturut-turut tanpa sebarang makluman
hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar.
4.0 MENGUTIP WANG DAN PEMBELIAN BUKU
4.1 Guru-guru tidak dibenarkan mengutip wang daripada murid-murid tanpa arahan
atau kebenaran bertulis daripada Guru Besar.
27