Page 22 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2013
P. 22

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH     2019


               19.    PENGGUNAAN ALAT-ALAT

                      19.1    Semua peralatan perlu digunakan dengan betul, mengikut peraturan dan mendapat
                              kebenaran daripada pihak yang berkenaan.

                      19.2    Guru bertanggungjawab menjaga peralatan yang digunakan dan memulangkannya dalam
                              keadaan yang baik. Sebarang kerosakan perlu dilaporkan.

               20.    ARAHAN DAN PEKELILING

                      20.1    Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar perlu dibaca
                              dengan teliti dan dipatuhi.

                      20.2    Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri
                              atau Pejabat Pelajaran Daerah, guru yang menjalankan tugas  hendaklah kembalikan ke
                              sekolah setelah tindakan diambil.

                      20.3    Guru atau pihak berkenaan yang gagal mematuhi semua arahan yang ditetapkan  akan diberi
                              amaran bertulis.

               21.    ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH.

                      21.1    Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.

                      21.2    Surat makluman ketidakhadiran perlu diserahkan kepada guru besar/ Penolong Kanan
                              sekiranya guru tidak dapat  menghadirkan diri dalam acara / majlis yang ditetapkan.



               Nota: Tertakluk kepada peraturan peringkat sekolah




                                      PERATURAN-PERATURAN KURIKULUM


               1.0    KURIKULUM

                      1.1     Guru Besar bertanggungjawab menjadi pengerusi jawatankuasa tersebut dan
                              semua Penolong Kanan ialah Naib Pengerusi.
                      1.2     Anggota Jawatankuasa  terdiri daripada :

                              1.2.1  Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran.

                              1.2.2  Penyelaras  Jadual Waktu

                              1.2.3  Guru Penyelaras Media

                              1.2.4  Guru SPBT

                              1.2.5  Guru Bimbingan

                              1.2.6  Guru Pemulihan Khas


                                                                 22
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27