Page 17 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2013
P. 17
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2019
ARAHAN DAN PENGUMUMAN
1.0 PENTADBIRAN
1.1 Pegawai kerajaan adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam
Perintah Am Kerajaan. Semua dikehendaki membaca dan mematuhi Perintah Am tersebut.
1.2 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan.
1.3 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati
prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.
1.4 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.5 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri
dalam menjalankan tugas.
1.6 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah.
1.7 Bertanggungjawab menjaga harta benda sekolah.
1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang dinamik, cekap dan berkesan.
2.0 KEDATANGAN / KEHADIRAN GURU
2.1 Berada di sekolah sekurang-kurangnya lima belas(15) minit sebelum jadual pertama
persekolahan dan balik tiga puluh (30) minit selepas jadual waktu terakhir atau masa yang
ditetapkan oleh Guru Besar.
2.2 Waktu tiba dan balik hendaklah direkodkan dalam Sistem Perakam Waktu.
2.3 Guru perlu memaklumkan ketidakhadiran ke sekolah kepada Guru Besar dengan segera.
2.4 Buku Rekod Mengajar, buku rujukan, anak kunci bilik-bilik khas dan surat akuan doktor
hendaklah diserahkan kepada Guru Besar semasa bercuti.
2.5 Kelewatan atas sebab tertentu mesti dimaklumkan kepada Guru Besar.
3.0 PERHIMPUNAN
3.1 Semua guru dan PPM mesti hadir dalam perhimpunan rasmi yang diadakan
pada setiap hari Isnin.
3.2 Guru bertugas mingguan hendaklah mengendalikan perhimpunan ini. Aturcara
perhimpunan hendaklah dijalankan seperti yang telah ditetapkan mengikut
Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984 KP.(BS)8591/Jld.II/(24) bertarikh 14.07.1984.
3.3 Perkara-perkara yang disampaikan dalam perhimpunan oleh guru bertugas atau dari pihak
pentadbiran, perlu dicatat dalam Buku Laporan Tugasan Mingguan oleh guru bertugas.
17