Page 18 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2013
P. 18
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2019
4.0 PERATURAN PEJABAT
4.1 Guru-guru dan PPM dilarang mengambil fail-fail atau dokumen dari pejabat sekolah tanpa
keizinan Guru Besar. Surat-surat penting untuk tindakan yang berkenaan boleh difotokopi
dengan memaklumkan kepada pembantu tadbir sekolah dan direkodkan.
4.2 Guru-guru dan PPM adalah dilarang :
4.2.1 Membaca surat-surat yang berada di atas meja Guru Besar, Penolong
Kanan atau Pembantu Tadbir
4.2.2 Mengambil/membaca Buku Diari Sekolah melainkan dengan keizinan
Guru Besar atau Penolong Kanan.
4.2.3 Mengambil/menulis buku-buku stok kecuali yang berkenaan
dipertanggungjawabkan.
4.2.4 Berbual-bual atau membuat kerja yang tidak berkaitan dengan urusan.
4.2.5 Mengarah kakitangan pejabat untuk membuat sesuatu urusan tanpa
kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan.
4.2.6 Menggunakan telefon pejabat untuk tujuan peribadi.
5.0 SURAT- MENYURAT
5.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan
kepada pihak yang berkenaan.
5.2 Surat yang diedarkan kepada guru hendaklah diambil tindakan dengan kadar segera.
5.3 Jika surat ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar,
surat itu hendaklah disimpan dan difailkan setelah tindakan diambil.
5.4 Mengambil salinan surat dari fail pejabat dengan kebenaran Guru Besar.
5.5 Merekod, memfail dan meminitkan dalam fail SPSK, Panitia M/P dan setiap unit.
6.0 KUNJUNGAN KE PPDS, JPNS, BPKHAS DAN KPM
6.1 Guru-guru tidak digalakkan ke PPDS, JPNS, BPKHAS dan KPM tanpa surat
rasmi daripada Guru Besar.
6.2 Mematuhi etika berpakaian dan personaliti diri.
7.0 CUTI :
7.1 Cuti Rehat/Cuti Penggal
7.1.1 Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP)0046.SJ/A/(30)
Bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah.
7.1.2 Guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga (1/3)
daripada jumlah cuti.
18