Page 19 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2013
P. 19

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH     2019


                      7.2      Cuti Sakit

                              7.2.1  Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari
                                     dalam setahun.

                              7.2.2  Cuti sakit kerajaan yang melebihi 90 hari dalam setahun sama ada
                                     berterusan atau sebaliknya akan dilaporkan kepada Ketua Jabatan untuk
                                     menentukan pembayaran gaji.

                              7.2.3  Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doctor swasta yang melebihi dua hari bertirit-turut
                                     hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

                              7.2.4  Surat Cuti Sakit (MC) hendaklah diserahkan  kepada Guru Besar / Penolong Kanan
                                     untuk pengesahan dan seterusnya di serahkan ke pejabat.

                          7.3    Cuti tanpa gaji

                              7.3.1  Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-
                                     sebab persendirian yang mustahak.

                              7.3.2  Cuti Tanpa gaji kakitangan bukan guru boleh diberi selepas semua cuti
                                     rehat telah habis.
                              7.3.3  Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun
                                     perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.

                              7.3.4  Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan ke luar negara hanya boleh diambil sekali
                                     dalam tempoh 4 tahun.

                              7.3.5  Kelulusan Cuti Tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan
                                     oleh Pengarah Pelajaran Negeri.

                              7.3.6  Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

                              7.3.7  Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10
                                     minggu sebelum tarikh mula bercuti.

                         7.4    Cuti Rehat Khas

                              7.4.1  Cuti rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.

                              7.4.2  Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan
                                     upacara agama bagi tempoh 10 hari dalam setahun (Dengan syarat tidak
                                     mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran)

                      7.5     Cuti Ke Luar Negara

                              7.5.1  Semua yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan Jabatan
                                     Pelajaran Negeri. Borang permohonan perlu diisi selewat-lewatnya 10
                                     minggu sebelum tarikh bercuti.

               8.0    PAKAIAN

                      8.1     Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat
                              timur.


                                                                 19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24