Page 24 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2013
P. 24

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH     2019


                      2.13    Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan
                              Operasi.



               3.0    REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR
                      3.1     Semua guru mestilah menyediakan Rekod Persediaan Mengajar dengan sempurna.

                      3.2     Rekod Persediaan Mengajar mestilah diserahkan kepada Guru Besar atau wakilnya untuk
                              disemak dan diperiksa pada hari yang ditetapkan.

                      3.3     Rekod Persediaan Mengajar ialah dokumen penting mengikut Undang-undang Sekolah Akta
                              Pendidikan 1996 dan Pekeliling 3/1999 dan diserahkan kepada Guru Besar pada akhir
                              tahun.

                      3.4     Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Guru Besar.

               4.0    GURU KELAS

                      4.1     Bertanggungjawab terhadap disiplin, kebersihan kelas dan murid-muridnya.
                      4.2     Melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas khas yang ditentukan oleh Guru
                              Besar dan Penolong Kanan

                      4.3     Mengambil tindakan sewajarnya berkaitan dengan :-

                              4.3.1  Jadual Kedatangan

                              4.3.2  Kutipan yuran/pelbagai bayaran

                              4.3.3  Buku/Kad Laporan Kemajuan Pendidikan
                              4.3.4  Buku/Kad Pelaporan Gerak Kerja Kokurikulum

                              4.3.5  Kad Kesihatan dan Kad Pergigian

                      4.4     Menyedia dan mempamerkan Jadual Waktu Kelas dan Jadual Tugasan Murid di
                              dalam kelas.

                      4.5     Menyusun barang dan alatan di dalam kelas untuk mewujudkan suasana bilik
                              darjah yang kondusif.

               5.0    GURU KHAS/BUKAN GURU KELAS

                      5.1     Boleh diarah untuk menjadi guru kelas sepenuh masa atau mengganti/mengambil alih tugas
                              sementara kerana ketiadaan guru kelas.
                      5.2     Membantu guru kelas dan boleh diberi masa yang lebih untuk mengajar.

                      5.3     Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelajaran khusus yang diajar seperti
                              Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik, Pemulihan dan sebagainya.

                      5.4     Bilik-bilik khas (jika ada) mestilah dilengkapkan dengan alatan mengajar yang sesuai.

                      5.5     Membuat dan melaksanakan tangggungjawab dan tugas-tugas khas yang ditentukan oleh
                              Guru Besar dan Penolong kanan.
                                                                 24
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29