Page 26 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2013
P. 26

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH     2019


               10     PROGRAM PENINGKATAN :

                      10.1    Mengadakan program peningkatan akademik berdasarkan kajian dan keperluan sekolah.

                      10.2    Merancang, melaksana, menilai dan menambah baik program.

                      10.3    Memastikan semua panitia mata pelajaran menjalankan aktiviti-aktiviti peningkatan
                              akademik

                11    PERKEMBANGAN STAF

                      11.1    Mengedar dan memproses borang keperluan latihan

                      11.2    Mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan untuk meningkatkan pengetahuan
                              dan kemahiran.

               12     BILIK-BILIK KHAS
                      12.1    Semua guru hendaklah mematuhi  peraturan-peraturan  penggunaan bilik-bilik khas seperti
                              bilik makmal sains, bengkel KH, bilik SAL, bilik matematik, PSS, bilik  pemulihan, makmal
                              komputer, surau, bilik muzik, bilik pendidikan seni dan bilik- bilik khas yang lain.
                      12.1    Semua kunci  bilik-bilik khas hendaklah disimpan di pejabat.

               13     BUKU RUJUKAN GURU

                      13.1    Buku-buku rujukan/risalah-risalah hak sekolah yang dipinjam hendaklah dipulangkan pada
                              hujung tahun atau apabila bertukar.

                      13.2    Sebarang kerosakan atau kehilangan perlu dimaklumkan kepada pihak yang  berkenaan.

               14     BUKU LATIHAN / RAMPAIAN, UJIAN DAN PENILAIAN
                      14.1    Semua kerja latihan, ujian dan penilaian yang diberi kepada murid-murid hendaklah
                              diperiksa  selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

                      14.2    Latihan dan ujian topikal diberi mengikut keperluan untuk mengetahui tahap
                              pencapaian/prestasi murid-murid.

                      14.3    Guru Besar/Penolong Kanan dan Ketua Panitia akan memeriksa buku-buku
                              rampaian/latihan dan buku kerja murid sebanyak enam (6) buah atau bilangan
                              yang diambil secara rawak.
                      14.4    Laporan Kemajuan Prestasi pengajaran dan pembelajaran murid hendaklah
                              dilengkapkan.

                                              Nota: Tertakluk kepada peraturan peringkat sekolah









                                                                 26
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31