Page 21 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2013
P. 21
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2019
12.2 Apabila diarahkan untuk kelaksnakan tugas / arahan, guru tersebut hendaklah mengambil
tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengaarahkan guru lain
melaksanakannya tanpa pengetahuan guru besar.
12.3 Semua guru yang menghadiri aktiviti seperti mesyuarat, ceramah, bengkel yang dikelola oleh
pihak luar hendaklah menyediakan MINIT CURAI dan diserahkan kepada guru besar untuk
tindakan lanjut.
13. PELAWAT
13.1 Semua pelawat perlu berjumpa dengan Guru Besar / Penolong Kanan terlebih dahulu.
13.2 Guru-guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil NGO, firma atau penjual-
penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar.
14. PEMBELIAN
14.1 Guru yang hendak membeli Bahan Bantuan Mengajar mesti memohon kebenaran dengan
menggunakan borang nota minta yang diperolehi di pejabat dengan disahkan oleh Ketua
Panitia / Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar.
14.2 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan (Local Order).
14.3 Semua invois dan SAP mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan
direkodkan dalam buku stok dan kad inventori.
15. MESYUARAT GURU
15.1 Guru Besar akan mengadakan mesyuarat dan taklimat guru dari semasa ke
semasa dan kehadiran adalah wajib.
15.2 Guru-guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh Penolong
Kanan dan Ketua Panitia atau Unit Jawatankuasa dalam dan luar sekolah.
15.3 Surat makluman ketidakhadiran perlu diserahkan kepada guru besar/ Penolong Kanan
sekiranya guru tidak dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat yang ditetapkan.
16. BUKU STOK DAN INVENTORI
16.1 Penolong Kanan / Ketua Panitia dan guru-guru bertanggungjawab menguruskan buku stok /
inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap
dan kemas kini. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa oleh Guru Besar atau
Penolong Kanan.
17. TANDA NAMA
17.1 Semua guru wajib memakai tanda nama pada hari persekolahan dan majlis rasmi anjuran
Sekolah, PPDS, JPNS, BPKHAS dan KPM.
18 KEAHLIAN KELAB GURU DAN STAF / PIBG
18.1 Semua guru dan staf secara automatik menjadi anggota kelab guru dan staf sekolah.
18.2 Guru sahaja secara automatik menjadi ahli PIBG.
21