Page 16 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2013
P. 16
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2019
PERATURAN AM SEKOLAH
1. Waktu persekolahan rasmi adalah seperti berikut :
i. Isnin hingga Rabu Tahun 1,2 dan 3 7.45 pagi hingga 1.05 tengahari
ii. Isnin hingga Khamis Tahun 4,5 dan 6 7.45 pagi hingga 1.05 tengahari
iii. Khamis Tahun 1,2 dan 3 7.45 pagi hingga 12.05 tengahari
iv. Jumaat Tahun 1,2,3,4,5 dan 6 7.45 pagi hingga 12.05 tengahari
v. Isnin hingga Jumaat Prasekolah 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Kecuali Isnin bermula jam 7.40 pagi
(perhimpunan mingguan)
vi. Rabu Tahun 3,4,5 dan 6 2.00 petang hingga 4.00 petang
( Aktiviti Kokurikulum )
2. Semua guru dan PPM wajib hadir perhimpunan mingguan (pagi Isnin) di Dataran Ilmu
3. Guru-guru diwajibkan menghadirkan diri dalam semua upacara rasmi sekolah samada yang
dijalankan pada waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan.
4. Cuti guru adalah tertakluk kepada cuti rasmi persekolahan tetapi guru-guru boleh dipanggil
bertugas pada bila-bila masa sahaja apabila diperlukan.
5. Guru-guru, staf sokongan, dan PPM perlu merekodkan waktu datang dan balik dalam Sistem
Perakam Waktu . Sekiranya menjalankan tugas di luar pejabat perlulah mengisi borang
pelepasan serta mendapatkan tandatangan Guru Besar atau Penolong Kanan untuk
kelulusan sebelum keluar berkursus dan lain-lain.
6. Guru hendaklah berada di dalam kelas mengikut masa yang diperuntukkan. Sekiranya guru
tidak dapat hadir ke kelas, guru perlu memaklumkan kepada GPK Kurikulum untuk urusan guru
ganti.
7. Guru diwajibkan menghantar buku persediaan mengajar kepada Guru Besar atau Penolong Kanan
pada setiap hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani.
8. Sila hubungi Guru Besar atau Penolong Kanan dengan segera sekiranya guru tidak dapat hadir
bertugas.
9. Sila kemaskini Sijil Cuti Sakit untuk disahkan oleh Guru Besar atau Penolong Kanan sekiranya guru
terpaksa mengambil cuti sakit.
16