Page 68 - BUKU PENGURUSAN SKBN 2019
P. 68

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NANAS 2019



                         DASAR & KETETAPAN PENGURUSAN HAL
                                          EHWAL MURID



                DASAR & KETETAPAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

                                      SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NANAS
                             DASAR & KETETAPAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
                                           “Disipin Cemerlang, Akademik Gemilang”


          1. 0      PERNYATAAN DASAR

              Dasar  Sekolah  merupakan  satu  garis  panduan atau  polisi  sekolah  untuk  mengurus  dan  mentadbir
          sekolah dengan lebih efisen. Dasar ini perlu dilaksana dan dipatuhi oleh semua warga sekolah khususnya
          di kalangan guru dan murid-murid di sekolah ini. Dasar sekolah yang digubal ini mengambilkira semua
          aspek  yang  berkaitan  dengan  Akta  Pendidikan,  Surat-Surat  Pekeliling  yang  berkuatkuasa  dari  masa  ke
          semasa. Antara  fokus  Unit  HEM  adalah  bagi  menghasilkan  kemenjadian  murid  yang  tinggi  dalam
          pembangunan  sahsiah  murid (Sumber:Dimensi  IV:Kemenjadian  Murid  dalam  SKPM ). Diharapkan
          murid dapat memperlihatkan sikap dan perlakuan yang positif dengan:-

              i)   Menerima tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan.
              ii)  Berkomunikasi secara sopan dan berbudi bahasa.
              iii) Menghormati rakan, guru dan orang dewasa.
              iv) Menepati masa dan arahan tugas.
              v)  Menjaga kebersihan dan kekemasan diri.
              vi) Menjaga dan memelihara kebersihan persekitaran sekolah.
              vii)Menjaga keselamatan harta benda diri , sekolah dan kemudahan awam.
              viii)Mematuhi peraturan sekolah
              ix)  Memberi sumbangan dan khidmat kepada kemajuan sekolah.
              x)   Memberi sumbangan dan khidmat kepada masyarakat.
              xi)  Menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi.
              xii) Menunjukkan sikap berterima kasih dan bersyukur.

          Sehubungan dengan itu, Sekolah  Kebangsaan Bukit Nanas akan memberi perkhidmatan,bimbingan dan
          kebajikan  sama  rata  serta  mengambil  tindakan  sewajarnya  ke  atas  semua  permasalahan  murid  tanpa
          membezakan jantina, bangsa dan agama.


          2. 0      PERNYATAAN DASAR PEMBANGUNAN KEMENJADIAN MURID

               Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas  memberi peluang sama rata serta mengambil tindakan sewajarnya
           dalam  konteks  pemantapan  sahsiah  semua  murid  tanpa  membezakan  bangsa  dan  agama  demi
           kecemerlangan kemenjadian murid dan sekolah. Sekolah menetapkan dasar pembangunan sahsiah murid
           untuk:

              1.      Memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk memegang jawatan.
              2.      Merekod jawatan dan tanggungjawab yang dipegang oleh setiap murid.
              3.      Memberi latihan, bimbingan serta peluang kepada semua pemegang jawatan.
              4.      Menilai tahap penglibatan atau pencapaian murid dari masa ke semasa.
              5.      Melakukan penambahbaikan atau value added  hasil dari penilaian yang
                     dibuat.
              6.      Memberi nasihat,teguran/hukuman setimpal dengan sesuatu perlakuan negatif.
              7.      Memberi penghargaan dan pengiktirafan terhadap perlakuan positif atau
                      kejayaan.
      68
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73