Page 71 - BUKU PENGURUSAN SKBN 2019
P. 71
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NANAS 2019
JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID 2019
PANDUAN TUGAS
1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan murid, keceriaan, kecantikan, keselamatan dan
kebersihan sekolah dengan member fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-
peraturan sekolah dan jika perlu mengkajisemula dari masa ke semasa.
2. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan menyediakan minit mesyuarat.
3. Menilai perlaksanaan aktiviti dan perancangan dan membuat Laporan Tahunan pada akhir tahun.
4. Membincangkan masalah kebajikan dengan tujuan membimbing dan membantu dalam menangani masalah
kemiskinan murid.
5. Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar, guru serta ibu bapa mengenai hal-hal yang
berkaitan dengan disiplin
6. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.
7. Merancang segala aktiviti yang berpusatkan pelajar demi kepentingan mereka dari segi kebajikan, kebersihan,
kesihatan dan keselamatan.
8. Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Guru Besar sebelum tindakan diambil keatas pelajar
berkenaan.
9. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
10. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibubapa / penjaga dan masyarakat.
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID (HEM)
Mesyuarat JK Induk Hal Ehwal Murid Kali Pertama Sesi 2019 akan diadakan pada 26 Disember 2018. Sebelum
bermesyuarat kita fahami tugas dan tanggungjawab kita. Semoga kita memahami dan melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh ikhlas dan dedikasi demi kecemerlangan anak-anak didik.
SENARAI TUGAS
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
Mukadimah
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab mempertingkatkan
disiplin kebajikan murid, dan penerapan nilai-nilai murni.
BidangTugas
Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan I
Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal Murid.
4. Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sesi petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sesi petang.
5. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal ehwal murid.
6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
71