Page 70 - BUKU PENGURUSAN SKBN 2019
P. 70

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NANAS 2019



               3.  Harta Benda Sekolah

                 3.1 Harta benda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah.Jika sesuatu harta
                            benda dirosakkan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja,murid yang terlibat
                            akan dikenakan hukuman setimpal/membuat gantirugi.
                 3.2 Buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pendidikan dan dipinjamkan kepada
                        murid-murid.Adalah menjadi tanggungjawab murid-murid menjaga kebersihan dan
                        keselamatan buku tersebut.Murid-murid diwajibkan membalut buku-buku
                        tersebut.Sebarang kehilangan perlulah diganti.


               4. Tatatertib / Peraturan Bilik Darjah

                 4.1 Dalam bilik darjah murid-murid mestilah menjaga ketenteraman semasa
                       pengajaran dan pembelajaran.
                 4.2 Murid-murid hendaklah mempunyai sikap positif semasa sesi pengajaran dan tidak
                       membuat kerja-kerja tidak berfaedah dalam kelas.
                 4.3 Sekiranya murid ponteng sekolah selam 3 hari berturut-turut ,guru kelas melalui Guru
                       Besar akan menghantar surat pertama kepada ibubapanya.
                 4.4 Sekiranya murid tersebut masih ponteng selama 7 hari, maka surat kedua akan
                       dihantar kepada ibu bapanya.
                 4.5 Setelah murid yang sama ponteng selama 2 minggu berturut-turut,surat
                       ketiga,iaitu surat tunjuk sebab akan dikeluarkan oleh pihak sekolah.


               5. Kesalahan-kesalahan Berat

                 5.1  Memukul/mengancam guru-guru.
                 5.2  Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh
                        sekolah dan Jabatan Pendidika
                 5.3  Sengaja merosakkan harta benda sekolah.
                 5.4  Sengaja merosakkan harta persendirian dan guru-guru atau murid-murid.
                 5.5  Mencuri
                 5.6  Mengancam murid-murid lain-ancaman yang serius dan berbahaya.
                 5.7  Membawa,menyimpan,mengedar dan bermain mercun serta bunga api.


               6.  Larangan - Larangan

                   6.1  Tidak dibenarkan memakai seluar ketat,berconteng,koyak dan berbaju -T yang
                           kotor dan mempunyai tulisan yang tidak senonoh di dalam kawasan sekolah.
                   6.2  Murid tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa kebenaran atau berkeliaran di
                           koridor apabila loceng pertukaran masa berbunyi,
                   6.3  Murid tidak dibenarkan berkeliaran di koridor / luar apabila loceng mula
                          persekolahan dibunyikan.
                   6.4  Murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit di sekolah.
                   6.5  Murid tidak dibenarkan memakai topi di dalam kelas.
                          Murid tidak dibenarkan menggondolkan dan mewarna rambut.
                   6.5  Murid dilarang berludah sesuka hati dimerata-rata tempat kerana amalan ini
                          adalah tidak sihat.
                   6.7  Murid perempuan tidak dibenarkan memakai barang kemas.
                   6.8  Murid dilarang menaiki basikal di kawasan sekolah.
                   6.9  Pelajar dilarang bergaduh/bertumbuk di kawasan sekolah dan di kawasan luar
                          berdekatan sekolah.



      70
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75