Page 69 - BUKU PENGURUSAN SKBN 2019
P. 69
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NANAS 2019
3. 0 PERNYATAAN PELAKSANAAN DASAR HEM
Seluruh warga sekolah akan membudayakan kerja cemerlang dan membina persekitaran sekolah
yang kondusif ke arah melahirkan murid yang cemerlang dan berdaya saing. Dalam usaha melaksanakan
dasar KPM (pengurusan disiplin) dengan jayanya, pihak sekolah mengurus mengikut Ordinan Pelajaran
1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Antara prinsip-prinsip pengurusan
HEM secara berkesan ialah:
1. Mengenalpasti latar belakang keluarga, status sosio-ekonomi, dan bakat murid.
2. Memberi bantuan dan perhatian sama rata kepada semua permasalahan murid.
3. Merancang program hal ehwal murid dengan menetapkan matlamat, objektif dan
strategi berdasarkan kumpulan sasaran.
4. Mengelola sumber manusia (guru/murid )dan kewangan yang ada dengan cekap.
5. Melaksanakan program yang telah dirancang dengan kerjasama semua pihak.
6. Memantau pelaksanaan program secara bersepadu dan terancang.
7. Menilai impak program dengan mengenalpasti kelemahan dan ancaman.
8. Memastikan keberkesanan program dengan melaksana penambahbaikan.
9. Menjalinkan permuafakatan dengan ibu bapa /penjaga serta komuniti.
4. 0 PERATURAN PERATURAN SEKOLAH
1. Kehadiran Sekolah
1.1 Waktu Persekolahan bermula pada pukul 7.30 pagi ( Perhimpunan pagi / Bacaan Al
Quran)
1.2 Murid-murid yang hendak ke klinik hendaklah mendapat kebenaran keluar daripada
Guru Besar atau pegawai-pegawai yang telah dilantik untuk memberi
kebenaran.Murid-murid berkenaan hendaklah merekod ke dalam buku rekod keluar
sekolah dan pulang segera ke sekolah/rumah setelah mendapat rawatan dan
menunjukkan kad rawatan yang telah ditandatangani oleh pegawai perubatan apabila
balik ke sekolah.
1.3 Murid yang memerlukan rawatan perubatan harus mendapat kebenaran bertulis /
surat pengesahan daripada Guru Besar atau pegawai-pegawai yang telah di beri kuasa
sebelum keluar dari kawasan sekolah bersama waris yang datang ambil.
1.4 Murid yang sakit dan ingin balik ke rumah hendaklah memohon kebenaran daripada
Guru Besar atau mana-mana pegawai yang telah diberi kuasa untuk member
kebenaran.Murid hanya dibenarkan pulang sekiranya ibu bapa atau penjaga dating
untuk mengambilnya.
2. Pakaian Pendidikan Jasmani ( Bil 12/78 )
2.1 Murid-murid lelaki dan perempuan dikehendaki memakai baju- T sekolah dan
berseluar trek berwarna gelap / pakaian sukan yang sesuai selain daripada pakaian seragam
sekolah ketika mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau ketika menyertai kegiatan kumpulan.
69