Page 196 - eDinamik
P. 196

PROGRAM USAHASAMA SAINS, TEKNOLOGI DAN MATEMATIK FAKULTI
            KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SERI
                                                  ALAM 1

              Norhisyam bin Jenal, Ahmad Naufal bin Adnan, Mazleenda binti Mazni




        Pada 9 Mac 2019, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir
        Gudang (FKMUiTMCJKPG) telah telibat dalam satu program kerjasama antara pihak
        UiTMCJKPG dan Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Alam 1 (SKBSA 1) Masai, Johor. Objektif
        kerjasama ini adalah untuk memupuk minat pelajar SKBSA 1 terhadap sains, teknologi, dan
        matematik melalui pendedahan kepada fakta-fakta menarik serta penglibatan dalam pelbagai
        aktiviti interaktif yang disediakan oleh warga pendidik UiTMCJKPG. Program ini disertai oleh 40
        pelajar SKBSA 1 yang terdiri daripada pelajar darjah 4 hingga 6 serta turut diiringi oleh 5 orang
        guru. Pada hari tersebut, pelajar telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan semua kumpulan
        akan bergilir-gilir menjalankan topik-topik yang disediakan. Masa yang diperuntukkan adalah
        selama 30 minit untuk setiap topik. 4 topik berkaitan asas kejuruteraan mekanikal yang telah
        disediakan oleh orang pensyarah FKM seperti berikut.
        1.    Aerodynamic: F1 Car
        Pelajar didedahkan kepada aspek rekaan kereta F1 serta kesannya terhadap kelajuan kereta
        dan jarak sesaran apabila menuruni cerun.
        2.             Aerodynamic: Paper Air Plane
        Pelajar diberikan maklumat tentang asas rekaan dan mekanisme kapal terbang serta diberi
        peluang untuk mencuba menerbangkan model kapal terbang.
        3.             Pneumatic
        Pelajar didedahkan kepada aplikasi sistem hydraulic dan pneumatic yang banyak digunakan
        untuk mengangkat dan memindahkan beban yang berat.
        4.             Newton’s Law
        Pelajar diberikan peluang untuk memahami konsep berkaitan Newton’s Law melalui penghasilan
        parachute yang berfungsi untuk memperlahankan kelajuan objek apabila dijatuhkan dari tempat
        tinggi.















          Aerodynamic: F1       Aerodynamic:          Pneumatic              Newton’s Law
          Car                   Paper Air Plane






   187
   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201