Page 199 - eDinamik
P. 199

RESEPI ASAM PEDAS KELADI PERLIS


                                     Norjasween Abdul Malik


         Gulai asam pedas keladi perlis ini adalah salah satu makanan tradisi di negeri utara
         semenanjung. Ianya enak dimakan bersama-sama nasi putih berserta ulam-ulaman. Bahan
         yang paling utama tentulah sayur keladi jika pandai dimasak akan menaikan aroma yang
         menyelerakan.




                      Bahan – bahan yang digunakan;                 Bahan- bahan B
                   Bahan -bahan A                         500gm batang keladi
                   10 tangkai cili Kering                 4 keping asam gelugur
                   5 ulas bawang merah                    3 atau 4 tangkai daun kesum
                   2 ulas bawang putih
                   1/2 inci belacan
                   1/2 cawan ikan bilis
                   1 sudu teh lada hitam




         Cara memasak:
         1.             Cili kering digunting, dibuang bijinya dan direbus hingga mendidih. Kemudian
         toskan.
         2.             Bahan – bahan A kemudian ditumbuk atau dikisar.
         3.             Kulit luar kesemua batang keladi hendaklah dikupas dan dibersihkan. Kemudian,
         rebuskan hingga agak lembut. Selepas itu air rebusan hendaklah dibuangkan dan basuh
         batang- batang keladi tadi dengan air yang bersih. Ini untuk menghilangkan rasa gatal batang
         keladi selepas dimasak.
         4.             Masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama air secukupnya dan masak
         hingga mendidih. Masukkan asam gelugur.
         5.             Masukkan batang keladi yang telah direbus tadi bersama daun kesum dan renih
         hingga masak.
         6.             Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
         7.             Sedia untuk dihidang.





















                                                                                                       190
   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204