Page 197 - eDinamik
P. 197

BENGKEL THERMODYNAMIC: BERFIKIR ARAS TINGGI (T-BAT)

                                         Ts. Dr. Zurriati Mohd Ali


          Pada 9 Mac 2019, Bengkel T-BAT ini adalah merupakan sesi pemantapan pembelajaran bagi
          kod kursus MEC251 (Thermodynamics) di bawah program EM110 (Diploma Kejuruteraan
          Mekanikal). Sesi ini dijalankan oleh para pensyarah yang berpengalaman lebih dari 4 semester
          mengajar subjek ini. Para pensyarah ini secara automatic akan dilantak sebagai fasilitator
          kepada program TBAT ini. Ianya berjalan secara “face to face” dimana para pelajar di galakkan
          hadir pada setiap pertemuan yang telah di tetapkan oleh fasilitator. Selain bagi mengukuhkan
          topik fundamental bagi kursus yang berkenaan, bengkel ini juga merupakan antara inisiatif
          pensyarah – pensyarah Thermodynamics untuk menambahbaikan peratusan kegagalan yang
          tinggi pada subjek ini. Antara objektif lain bagi program ini adalah untuk memberi motivasi
          kepada para pelajar yang lemah dalam subjek ini untuk terus lebih berusaha bagi memperbaiki
          markah mereka.
                        Sepanjang program ini berlansung, para pelajar telah memberi kerjasama yang
          baik dengan menghadiri setiap sesi pertemuan yang telah di tetapkan. Fasilitator telah
          memberikan banyak tips tentang teknik menjawap soalan, berkongsi pengalaman mengajar dan
          disertai dengan latihan tubi yang mana di bantu terus oleh fasilitator tersebut. Segala teknik
          menjawab soalan telah diajar dengan cara teratur dan mudah bagi membolehkan pelajar –
          pelajar lebih memahami. Selain itu, sesi perbincangan bersama pelajar – pelajar telah diadakan
          bagi memberikan ruang kepada mereka untuk menilai kefahaman sesame sendiri. Pelajar ini
          akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan supaya kaedah penyampaian lebih berkesan.
                        Hasil dari program ini, peratusan peperiksaan pada semester ini menunjukkan
          prestasi yang sangat memberansangkan. Kenaikkan peratusan kelulusan amat membanggakan
          di mana hampir 80% pelajar yang mendaftar subjek ini lulus dan 12 orang telah mendapat
          keputusan A. Sebelum ini kegagalan subjek ini adalah tinggi iaitu melebih 25%. Adalah
          diharapkan agar program ini dapat di teruskan pada semester – semester akan datang
































                                                                                                       188
   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202