Page 185 - e-Dinamik
P. 185

Laporan Aktiviti Fakulti & Pensyarah





              PROGRAM USAHASAMA SAINS, TEKNOLOGI DAN MATEMATIK FAKULTI
             KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SERI
                                                  ALAM 1

               Norhisyam bin Jenal, Ahmad Naufal bin Adnan, Mazleenda binti Mazni



         Pada 9 Mac 2019, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang
         (FKMUiTMCJKPG) telah telibat dalam satu program kerjasama antara pihak UiTMCJKPG dan Sekolah
         Kebangsaan Bandar Seri Alam 1 (SKBSA 1) Masai, Johor. Objektif kerjasama ini adalah untuk memupuk minat
         pelajar SKBSA 1 terhadap sains, teknologi, dan matematik melalui pendedahan kepada fakta-fakta menarik
         serta penglibatan dalam pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan oleh warga pendidik UiTMCJKPG. Program
         ini disertai oleh 40 pelajar SKBSA 1 yang terdiri daripada pelajar darjah 4 hingga 6 serta turut diiringi oleh 5
         orang guru. Pada hari tersebut, pelajar telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan semua kumpulan akan
         bergilir-gilir menjalankan topik-topik yang disediakan. Masa yang diperuntukkan adalah selama 30 minit untuk
         setiap topik. 4 topik berkaitan asas kejuruteraan mekanikal yang telah disediakan oleh orang pensyarah FKM
         seperti berikut.
         1.    Aerodynamic: F1 Car
         Pelajar didedahkan kepada aspek rekaan kereta F1 serta kesannya terhadap kelajuan kereta dan jarak sesaran
         apabila menuruni cerun.
         2.             Aerodynamic: Paper Air Plane
         Pelajar diberikan maklumat tentang asas rekaan dan mekanisme kapal terbang serta diberi peluang untuk
         mencuba menerbangkan model kapal terbang.
         3.             Pneumatic
         Pelajar didedahkan kepada aplikasi sistem hydraulic dan pneumatic yang banyak digunakan untuk mengangkat
         dan memindahkan beban yang berat.
         4.             Newton’s Law
         Pelajar diberikan peluang untuk memahami konsep berkaitan Newton’s Law melalui penghasilan parachute
         yang berfungsi untuk memperlahankan kelajuan objek apabila dijatuhkan dari tempat tinggi.














            Aerodynamic: F1       Aerodynamic:          Pneumatic             Newton’s Law
            Car                   Paper Air Plane








   176
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190