Page 186 - e-Dinamik
P. 186
Laporan Aktiviti Fakulti & Pensyarah
BENGKEL THERMODYNAMIC: BERFIKIR ARAS TINGGI (T-BAT)
Ts. Dr. Zurriati Mohd Ali
Pada 9 Mac 2019, Bengkel T-BAT ini adalah merupakan sesi pemantapan pembelajaran bagi kod kursus
MEC251 (Thermodynamics) di bawah program EM110 (Diploma Kejuruteraan Mekanikal). Sesi ini dijalankan
oleh para pensyarah yang berpengalaman lebih dari 4 semester mengajar subjek ini. Para pensyarah ini secara
automatic akan dilantak sebagai fasilitator kepada program TBAT ini. Ianya berjalan secara “face to face”
dimana para pelajar di galakkan hadir pada setiap pertemuan yang telah di tetapkan oleh fasilitator. Selain bagi
mengukuhkan topik fundamental bagi kursus yang berkenaan, bengkel ini juga merupakan antara inisiatif
pensyarah – pensyarah Thermodynamics untuk menambahbaikan peratusan kegagalan yang tinggi pada subjek
ini. Antara objektif lain bagi program ini adalah untuk memberi motivasi kepada para pelajar yang lemah dalam
subjek ini untuk terus lebih berusaha bagi memperbaiki markah mereka.
Sepanjang program ini berlansung, para pelajar telah memberi kerjasama yang baik dengan
menghadiri setiap sesi pertemuan yang telah di tetapkan. Fasilitator telah memberikan banyak tips tentang
teknik menjawap soalan, berkongsi pengalaman mengajar dan disertai dengan latihan tubi yang mana di bantu
terus oleh fasilitator tersebut. Segala teknik menjawab soalan telah diajar dengan cara teratur dan mudah bagi
membolehkan pelajar – pelajar lebih memahami. Selain itu, sesi perbincangan bersama pelajar – pelajar telah
diadakan bagi memberikan ruang kepada mereka untuk menilai kefahaman sesame sendiri. Pelajar ini akan
dibahagikan kepada beberapa kumpulan supaya kaedah penyampaian lebih berkesan.
Hasil dari program ini, peratusan peperiksaan pada semester ini menunjukkan prestasi yang
sangat memberansangkan. Kenaikkan peratusan kelulusan amat membanggakan di mana hampir 80% pelajar
yang mendaftar subjek ini lulus dan 12 orang telah mendapat keputusan A. Sebelum ini kegagalan subjek ini
adalah tinggi iaitu melebih 25%. Adalah diharapkan agar program ini dapat di teruskan pada semester –
semester akan datang
177