Page 188 - e-Dinamik
P. 188

Karya Akademik Dan Umum



                                  RESEPI ASAM PEDAS KELADI PERLIS

                                         Norjasween Abdul Malik





          Gulai asam pedas keladi perlis ini adalah salah satu makanan tradisi di negeri utara semenanjung. Ianya enak
          dimakan bersama-sama nasi putih berserta ulam-ulaman. Bahan yang paling utama tentulah sayur keladi jika
          pandai dimasak akan menaikan aroma yang menyelerakan.



                      Bahan – bahan yang digunakan;                Bahan- bahan B
                   Bahan -bahan  A                        500gm batang keladi
                   10 tangkai cili Kering                 4 keping asam gelugur
                   5 ulas bawang merah                    3 atau 4 tangkai daun kesum
                   2 ulas bawang putih
                   1/2 inci belacan
                   1/2 cawan ikan bilis
                   1 sudu teh lada hitam


          Cara memasak:

          1.            Cili kering digunting, dibuang bijinya dan direbus hingga mendidih. Kemudian toskan.
          2.            Bahan – bahan A kemudian ditumbuk atau dikisar.
          3.            Kulit luar kesemua batang keladi hendaklah dikupas dan dibersihkan. Kemudian, rebuskan
          hingga agak lembut. Selepas itu air rebusan hendaklah dibuangkan dan basuh batang- batang keladi tadi

          dengan air yang bersih. Ini untuk menghilangkan rasa gatal batang keladi selepas dimasak.
          4.            Masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama air secukupnya dan masak hingga mendidih.
          Masukkan asam gelugur.
          5.            Masukkan batang keladi yang telah direbus tadi bersama daun kesum dan renih hingga

          masak.
          6.            Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
          7.            Sedia untuk dihidang.













                                                                                                       179
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193