Page 196 - e-Dinamik
P. 196
Karya Kreatif
CERPAN: BERLUMBA DENGAN CIK PONTI
Siti Musliha Ajmal Binti Mokhtar
Lantas aku melompat keatas basikal dan kembali mengayuh dengan kelajuan tertinggi.
Seketika aku menjeling ke tempat tadi dan menarik nafas lega melihat kelibat itu sudah tiada. Namun kelegaan
itu tidak lama apabila aku melihat dia terawang depan sedikit dari sisiku tidak jauh 30 m dalam kebun. Dapat
kurasakan dia berdiri tegak memerhatikanku. Kaki yang pendek ini berusaha keras untuk lebih laju, dan sekali
lagi walaupun aku yakin telah meninggalkan dia, aku masih dapat melihat dia di hadapan ditepi pokok, hanya
berdiri tegak menunggu aku sampai. ‘Eeeee’ Kakiku mula longlai apabila Cik Ponti mengeluarkan hilaiannya
membuat seluruh keberanianku direntap. Namun aku mula sedar aku menghampiri pinggir kampung apabila
aku dapat melihat bayang rumah berdekatan. Sesampai dirumah jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam.
Seperti biasa, mak sudah menyediakan 2 baldi air untuk aku membersih diri bersama sabun cap kapak. Namun
hari itu aku mendapat bekalan rotan terlebih dahulu kerana lewat pulang. Pengalaman ini berlaku beberapa
kali terutama apabila aku balik lewat. Namun makin lama, aku membayangkan peristiwa ini seperti
perlumbaan rempit antara jaguh kampung, Yati dengan Cik Ponti berkesudahan kemenangan mutlak kepada
Cik Ponti. Malah aku juga perasan dia akan mengilai setiap kali aku menghampiri kawasan kampung
menandakan perlumbaan kami akan berakhir.
Untuk pengetahuan pembaca, lokasi Gunung Sari itu mak saya pun dah tak pasti dimana
kerana dia ‘berhenti kerja’ jadi penghantar makanan selepas hasil tuaian padi merosot dan pakcik saya masuk
kerja kerajaan. Sekian.
187