Page 200 - e-Dinamik
P. 200

Laporan Aktiviti Fakulti & Pensyarah


                CONSTRUCTION INDUSTRY INNOVATION COMPETITION (CIIC 2019)

                                           Nur Muizzah Bt Nawi


         Program “CONSTRUCTION INDUSTRY INNOVATION COMPETITION (CIIC 2019)” merupakan salah satu
         pertandingan yang telah dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam pelajar semester empat dan enam
         Diploma Kejuruteraan Awam untuk kursus ECM367 (Project and Construction Management). Pertandingan ini

         telah berlangsung pada 13 Jun 2019 bertempat di Perpustakaan Tun Dr Ismail (PTDI), UiTM Pasir Gudang yang
         dibiayai sepenuhnya dari Tabung Amanah Pelajar (TAPA). Terdapat sejumlah 103 kumpulan projek yang telah
         bertanding melibatkan 4-5 peserta untuk setiap kumpulan. Seramai 40 orang pensyarah telah terlibat sebagai
         juri iaitu terdiri daripada pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam dan juga pensyarah dari fakulti lain. CIIC 2019

         dijalankan bertujuan untuk mempamerkan hasil kreativiti dan inovasi pelajar berkaitan dengan projek
         pembangunan yang telah mereka putuskan.
                       Kumpulan pelajar telah diberikan tugas awalan untuk mengkaji dan mencadangkan
         pembangunan yang sesuai dibina di atas tapak kosong yang telah diberikan. Sepanjang semester, pelajar perlu

         membuat kajian tentang potensi kewujudan pembangunan dari segi teknikal dan kebolehpasaran. Di akhir
         tugasan tersebut, setiap kumpulan perlu menyediakan model tapak binaan semasa proses pembinaan dan juga
         selepas proses pembinaan selesai. Kemahiran diperolehi dengan melatih pelajar menggunakan daya inovasi
         dan kreativiti bagi menjalankan penyelidikan berasaskan ilmu pengurusan projek dan pembinaan yang telah

         diterapkan sepanjang waktu kuliah. Ia juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang bagaimana sesebuah
         projek diputuskan untuk dibina di sesebuah kawasan berdasarkan siasatan awalan di tapak.
                       Kesimpulannya, program ini dijalankan sebagai langkah menerapkan budaya pemikiran
         secara kreatif dan kritikal di dalam diri para pelajar terutamanya pelajar fakulti kejuruteraan awam. Selain itu,

         para pelajar dapat menonjolkan impak kajian penyelidikan mereka kepada masyarakat dan memberikan
         pendekatan kepada pelajar tentang pentingnya kajian awalan untuk membangunkan sesebuah projek
         pembangunan.


















                                                                                                       191
   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205