Page 203 - e-Dinamik
P. 203
Laporan Aktiviti Fakulti & Pensyarah
SUSTAINABLE MATERIALS INVENTION AND INNOVATION EXHIBITION
Mazni Mat Zin, Siti Shahidah Binti Sharipudin, Nor Mayuze Mohammad, Saiful
Jumali, Mohd Johan Mohamed Ibrahim
Program “SUSTAINABLE MATERIALS INVENTION AND INNOVATION EXHIBITION 2019 (SMIIEX 2019)”
merupakan salah satu usaha Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) untuk menyediakan platform kepada pelajar
semester Empat Diploma Kejuruteraan Awam menggunakan daya kreativiti dan inovasi bagi menghasilkan
bahan binaan yang berkonsepkan ‘sustainable material’ untuk menyahut hasrat Universiti Teknologi MARA
melahirkan mahasiswa yang berdedikasi, berkualiti, cemerlang, serta mempunyai asas keusahawanan yang
mampu bersaing diperingkat global. Program ini diadakan pada 4 Mei 2019 bermula pukul 7.30 pagi sehingga
6.00 petang. Kumpulan pelajar terlibat ialah yang mengambil kod kursus ECS246-Civil Engineering Materials.
Setiap kumpulan pelajar akan bertanding untuk kategori produk bahan mampan terbaik
berteraskan inovasi dan teknikal serta kategori pembentangan projek terbaik. Selain kerjasama berkumpulan,
disiplin, kretiviti dan inovasi, pelajar juga di nilai dari segi kecekapan dalam berkomunikasi. Projek yang
dihasilkan perlu dibentangkan melalui poster yang dihasilkan mengikut kretiviti pelajar. Panel penilai yang
dilantik dan dipilih oleh pihak fakulti akan memberikan penilaian kepada produk inovasi dan reka cipta yang
boleh dikomersialkan. Selain dapat membangunkan pemikiran kreatif dan inovatif, program sebegini juga
dapat membudayakan penyelidikan di kalangan pelajar dalam bahan-bahan kejuruteraan awam amnya dan
khususnya dalam bancuhan konkrit yang lestari. Impak yang positif juga apabila program sebegini dapat
memberi ruang kepada pelajar mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan teori kejuruteraan yang diajar untuk di
praktikkan. Seiring dengan permintaan industri yang memerlukan kemahiran praktikal di kalangan mahasiswa
dan apa yang lebih penting, proses pembelajaran itu sendiri tidak hanya mengambil kira keperluan akademik
pelajar, tetapi juga keperluan emosi, kreatif, psikologi, rohani, dan perkembangan mahasiswa untuk terus
berjuang di arena kerjaya kelak. Secara kesimpulan, program yang diadakan dapat memberi pendedahan dan
minat yang mendalam dalam bidang kejuruteraan awam terutamanya dalam bidang struktur dan bahan.
194 Gambar sekitar program yang dijalankan.