Page 204 - e-Dinamik
P. 204
Laporan Aktiviti Fakulti & Pensyarah
ZIARAH KASIH 2.0
Mohd Johan Mohamed Ibrahim, Mazni Mat Zin, Nurul Izziyantie Mat Noor,
Herda Balqis Ismail, Saiful Jumali
Program ZIARAH KASIH 2.0 ini merupakan satu program khidmat bakti dan sukarelawan yang dianjurkan oleh
Civil Engineering Club (CIVEC) yang dijalankan di Pusat Kebajikan Baitul Maghfirah, Bandar Baru Uda, Johor.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk meneruskan usaha dari kalangan mahasiswa Fakulti Kejuruteraan
Awam untuk mengadakan aktiviti amal dengan melibatkan diri untuk membantu, berkongsi ilmu dan
mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak yatim dan anak-anak yang kurang bernasib baik di Pusat
Kebajikan Baitul Maghfirah, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Seramai 40 orang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) telah pergi ke Pusat
Kebajikan Baitul Maghfirah dan menjalankan aktiviti seperti gotong – royong membersihkan kawasan pusat
kebajikan tersebut, memasak makanan untuk anak-anak Baitul Maghfirah dan peserta program ini serta aktiviti
riadah bersama anak-anak di pusat kebajikan tersebut. Selain itu juga sesi motivasi turut disampaikan oleh
pegawai pengiring kepada penghuni Pusat Kebajikan Baitul Maghfirah. Sebelum program berlansung, pihak
CIVEC telah mengumpulkan sumbangan untuk diberikan kepada pihak pusat kebaikan dengan meletakkan
tabung di Pusat Islam UiTM, membuat kutipan dari bilik ke bilik pensyarah dan juga dari bilik ke bilik mahasiwa
di kolej kediaman. Hasil yang dicapai melalui program ini, pihak CIVEC dapatlah menghulurkan bantuan kepada
pihak Pusat Kebajikan Baitul Maghfirah dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara pihak UiTM
dan anak-anak Baitul Maghfirah. Sumbangan sebanyak RM 2,737.00 telah diberikan kepada Pusat Kebajikan
Baitul Maghfirah yang merupakan hasil sumbangan daripada mahasiswa, pensyarah - pensyarah serta peniaga
dari UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang.
Program ini mendapat impak yang positif kepada pihak Pusat Kebajikan Baitul Maghfirah, ahli
CIVEC dan sekaligus dapat memperkenalkan UiTM Cawangan Johor kampus Pasir Gudang di mata masyarakat
setempat. Selain itu juga ia dapat memberikan kesedaran dan dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti
bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam.
Gotong-royong diluar Gotong-royong didalam Slot motivasi bersama
pusat kebajikan. pusat kebajikan anak-anak yatim 195