Page 208 - e-Dinamik
P. 208
Laporan Aktiviti Fakulti & Pensyarah
BENGKEL ‘OUTCOME BASED EDUCATION (OBE): CONTINUOUS
IMPROVEMENT’ UiTM CAWANGAN JOHOR KAMPUS PASIR GUDANG
Liyana Binti Roslan, Asmawati @ Fatin Najihah Binti Alias, Siti Nor Hafiza Mohd
Yusoff
Pendedahan dan perkongsian maklumat berkenaan kefahaman Outcome Based Education (OBE) dan
penggunaan dan pembangunan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan pembangunan Continous Quality
Improvement (CQI) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah merupakan satu maklumat
yang sangat penting. Oleh itu, unit OBE UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang telah menganjurkan satu
bengkel bertajuk ‘Outcome Based Education (OBE): Continuous Improvement’ pada 24 Julai 2019. Bengkel ini
diadakan di Bilik Seminar Perpustakaan Tun Dr Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang.
Bengkel yang disampaikan oleh penyelaras OBE UiTMPG sendiri iaitu Cik Liyana Binti Roslan dan telah disertai
seramai 35 orang peserta yang mana terdiri daripada Pensyarah Sumber (RP) dan juga Penyelaras Kod Kursus
(LIC) yang melibatkan fakulti-fakulti serta pusat akademik di UiTMPG. Objektif utama bengkel ini adalah untuk
memberikan pendedahan dan perkongsian maklumat berkenaan kaedah pembangunan templat JSU bagi kod
kursus untuk diimplementasikan secara lestari di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran terutamanya di
kalangan RP dan LIC. Selain itu, bengkel ini juga merupakan satu wadah perkongsian dan penyampaian
maklumat tentang kaedah Analisa CQI dan juga CQI Report. Sepanjang satu hari bengkel ini berlangsung, selain
dari sesi ceramah para peserta turut menjalani sesi ‘hands-on’ bagi menilai keberkesanan bengkel yang
dihadiri. Hasil daripada bengkel yang diadakan hampir kesemua peserta yang hadir berjaya menyiapkan JSU
bagi kod kursus masing-masing dan juga memahami cara-cara menganalisa laporan CQI. Oleh yang demikian,
bengkel sebegini merupakan program ilmiah yang sangat bermanfaat kepada para pensyarah terutamanya
bagi RP dan juga LIC. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat
dalam menjayakan Bengkel ‘Outcome Based Education (OBE): Continuous Improvement’. Semoga bengkel
sebegini dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang dan dapat membantu menjadikan UiTM sebagai
sebuah universiti yang unggul berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik.
198