Page 212 - e-Dinamik
P. 212
Laporan Aktiviti & Pensyarah APB
MENYUSURI TIKUNGAN AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MANDARIN
Persatuan Bahasa Mandarin (PBM) bergiat aktif
pada setiap semester semata-mata menyediakan
ruang dan peluang kepada para ahli JK Pelaksana
PBM dan semua pelajar yang mengambil Bahasa
Mandarin untuk mengasah bakat mereka berbahasa
dan berpersatuan. Bagi tahun 2019, PBM juga tidak
terkecuali menganjurkan pelbagai aktiviti khusus
untuk mendedahkan para pelajar kepada barisan
kepemimpinan PBM, dan memberitahu tentang
kegiatan yang dilaksanakan oleh PBM serta
menggalakkan para pelajar mengambil bahagian
dan seterusnya merancakkan program PBM agar ia
kekal relevan dan memberi manfaat kepada semua
pihak yang terlibat.
Bagi tahun 2019, PBM telah memulakan
langkah dengan menganjurkan program yang Tetamu VIP yang hadir
bermauduk “Let’s Mingle with the Dragons of PBM”.
Program ini dianjurkan pada 10 Mac 2019 jam 8:00
malam sehingga 10:00 malam bertempat di LT2.
Para pelajar yang hadir ke program ini telah
didedahkan dengan barisan kepemimpinan PBM
bagi sesi Januari 2019 hingga Disember 2019.
Melalui program ini, para peserta telah didedahkan
dengan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan pada
tahun 2018 dan yang bakal dianjurkan pada
semester Mac – Jun 2019.
Program kedua yang dilaksanakan adalah
“Let’s learn Hanzi Mei Xue”. Aktiviti ini telah
dijalankan pada 30 Mac 2019 jam 8:00 pagi hingga
1:00 petang. Para peserta yang terpilih telah
berkampung di LT2 untuk mempelajari tentang asal
usul pembentukan Hanzi dan kaedah-kaedah
penulisan Hanzi dengan lebih baik dan berkesan. Antara exco yang terlibat
Puan Koh Mui Lee dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Cina Seg Hwa, Segamat telah
diundang khas untuk memberi ceramah kepada
para peserta. Rata-rata para peserta berpuas hati
dengan tunjuk ajar dan limpahan ilmu yang
ditumpahkan oleh Puan Koh pada pagi Sabtu yang
indah itu.
202