Page 214 - e-Dinamik
P. 214
‘HEAR ME OUT! FOR MDAB PROGRAMME’
Pada 18 April 2019, program ‘Hear Me Out! for MDAB Programme’ telah diadakan khusus untuk
pelajar Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang mengambil kursus ELC030 (English for Pre-
Diploma). Ini merupakan salah satu aktiviti anjuran APB dalam usaha untuk membantu pelajar
ELC030 dalam menguasai Bahasa Inggeris dengan cara yang lebih menarik dan interaktif. Di
samping itu, pertandingan ini bertujuan untuk membantu para pelajar meluaskan perbendaharaan
kata mereka. Program yang bertempat di Bilik Sekretariat, UiTM Cawangan Johor ini telah dihadiri
oleh 13 orang pelajar MDAB. Program ini memfokuskan pengucapan awam di mana para pelajar
diberi peluang untuk berkongsi topik yang dirasakan menarik dengan para hadirin. Ini adalah untuk
membina keyakinan diri yang lebih tinggi di dalam diri para pelajar dalam pada masa yang sama
membolehkan mereka meluahkan pendapat masing-masing dengan lebih berani.
Para pelajar dan juri yang terlibat Pemenang-pemenang pertandingan
‘THE STAGE IS OURS’
Program ‘The Stage is Ours’ telah diadakan pada 21 Mei 2019 bertempat di Dewan Kuliah 1, UiTM
Cawangan Johor. Program ini melibatkan 24 orang pelajar Diploma Bahasa Inggeris Komunikasi
Profesional LG120 yang mengambil kursus ALS103 (Introduction to Literature). Ini merupakan salah
satu tugasan penilaian berterusan berdasarkan silibus yang meliputi 40% markah dari markah
keseluruhan. Selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan pembentangan tugasan di hadapan
pelajar-pelajar dari fakulti berbeza. Para pelajar mempersembahkan teater lakonan mereka yang
diadaptasi daripada himpunan cerita dongeng yang diberi interpretasi sendiri. Program ini
menyediakan platform untuk para pelajar menjadi lebih kreatif dalam berkarya dan berkeyakinan
dalam penggunaan Bahasa Inggeris yang semestinya membantu pembangunan kendiri mereka.
204