Page 216 - e-Dinamik
P. 216
KERJASAMA ANTARA APB BERSAMA PELAJAR UiTM CAWANGAN JOHOR, DAN PELAJAR
SEKOLAH DATO’ SERI MAHARAJALELA (SKDSM): BUKU FACTS X FICTIONS
Tahun 2019 menyaksikan kejayaan seramai 6 orang pensyarah APB UiTM Cawangan Johor
membimbing 53 pelajar sekolah rendah luar bandar menerbitkan karya kreatif mereka dalam satu
buku. Buku bertajuk YEAR 5: FACTS X FICTIONS ini memuatkan 53 karya kreatif berbentuk sajak
dan cerita pendek yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Ini merupakan projek yang bermula pada
Julai 2018 dengan pembiayaan RM3000 oleh Khind Starfish Foundation, Project for Happiness.
Projek ini juga disertai oleh 13 pelajar Diploma UiTM Cawangan Johor yang diketuai oleh Ibnu
Orhan Gazi, bertindak selaku fasilitator yang bertugas menjalankan 5 aktiviti sepanjang September
hingga November 2018 berpusat di Sekolah Dato’ Seri Maharajalela, Segamat, Johor. Projek ini
mendapat kerjasama dan sokongan penuh dari Prof. Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar, Rektor
UiTM Cawangan Johor, Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Bahasa, Encik Jafri bin Jawahil,
Tn. Haji Ismail bin Mohamed, Guru Besar Sekolah Dato’ Seri Maharajalela, Segamat, Johor dan
pihak Khind Starfish Foundation.
Ketua Fasilitator, Ibnu Orhan Gazi bin Masón Pelajar sekolah SKDSM bersama guru, fasilitator,
semasa pelancaran buku di SKDSM dan penasihat yang terlibat
Barisan pensyarah APB yang terlibat sebagai Muka depan buku yang diterbitkan
penasihat
206 Disediakan oleh :
SITI ZARIKH SOFIAH BINTI ABU BAKAR