Page 220 - e-Dinamik
P. 220

TAHBIB AL-LUGHAH AL ARABIYYAH

        Pada 21-25 April 2019 yang lalu, Unit Bahasa Arab, Akademi Pengajian Bahasa, UiTMCJ telah
        menganjurkan program yang diberi nama Tahbib Al-Lughah Al Arabiyyah bertempat di Dewan
        Kuliah Jauhari. Program ini telah melibatkan sejumlah 644 orang peserta yang merupakan pelajar-
        pelajar UiTMCJ dari pelbagai program iaitu BA111, BA114, BA119, AC220, BA249 dan IM246.
                Program ini bertujuan memupuk rasa cinta terhadap Bahasa Arab dalam kalangan pelajar
        melalui tiga aktiviti pertandingan iaitu pertandingan nyanyian lagu Bahasa Arab untuk pelajar-
        pelajar yang mengambil kod kursus TAC151, pertandingan penulisan kreatif Bahasa Arab untuk
        pelajar-pelajar yang mengambil kod kursus TAC101, dan tayangan filem Bahasa Arab serta kuiz
        bertemakan budaya bangsa arab untuk pelajar-pelajar yang mengambil kod kursus TAC401.
                Sebilangan besar para peserta bukan sahaja telah menunjukkan minat untuk mendalami
        Bahasa Arab, malah mereka juga dilihat mampu menzahirkan kreativiti melalui persembahan dan
        penulisan yang dihasilkan. Jelasnya, program seperti ini perlu dianjurkan lagi pada masa akan
        datang bagi membantu para pelajar UiTMCJ meningkatkan kemahiran menggunakan Bahasa
        Arab dalam kehidupan seharian.
































              Gambar-gambar aktiviti




           Disediakan oleh:
           DIA WIDYAWATI BINTI AMAT









   210
   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224   225