Page 223 - e-Dinamik
P. 223
Pada 14 Mac hingga 16 Mac 2019, seramai 70 pelajar serta fasilitator Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Segamat telah melibatkan diri dalam
program 'team building' dan 'character building' di Serama Adventure Park, Melaka selama 3
hari dan 2 malam. Seramai 15 ahli The Aristocratic Members of English (TAME) telah mewakili
kelab bagi program ini.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut, antaranya adalah seperti
aktiviti lasak 'Iron Man Walk' dan 'Flying Fox', di mana para pelajar perlu mencabar diri untuk
mengatasi perasaan gayat dan takut mereka agar dapat mengukuhkan sifat keberanian dalam
diri. Seterusnya, kepantasan refleks pelajar juga diuji dengan permainan yang menguji minda.
Aktiviti secara berkumpulan amat ditegaskan sepanjang program ini, di mana setiap pelajar
haruslah bekerjasama dengan ahli kumpulan dan perlulah sentiasa memberi sokongan antara
satu sama lain, seperti aktiviti yang dilakukan iaitu 'Tires Adventure Challenge' dan juga
'Survival Cooking'. Program ini telah ditamatkan dengan aktiviti terakhir, di mana semua
pelajar perlu bekerjasama untuk melakukan huruf 'T' yang terbesar - melambangkan semangat
'Teamwork' (Kerjasama). Di penghujung program, pelajar telah dinasihatkan bahawa perkara
yang penting dan besar tidak dapat disiapkan melainkan adanya kerjasama antara satu sama
lain.
Pada 21 Mac hingga 23 Mac 2019 pula, seramai 15 ahli kelab TAME telah melibatkan
diri dalam program ICON yang telah dijalankan di Ismah Beach Resort. Objektif program ini
adalah untuk melahirkan dan mengasah lagi 'soft skills' serta membentuk perwatakan
'leadership' dalam diri setiap pelajar yang telah menghadiri program tersebut. Majoriti aktiviti
yang telah dijalankan sepanjang program ini berteraskan konsep kerjasama seperti
mewujudkan program antarabangsa. Para pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan,
dan setiap pelajar telah diamanahkan dengan tugas masing-masing agar proses perbincangan
program antarabangsa tersebut dapat berjalan dengan lancar. Sepanjang aktiviti ini, pelajar
perlu menolak semua kelainan serta bijak menyelesaikan sebarang konflik agar mereka
mampu bekerjasama untuk mewujudkan program tersebut. Kemudian, pelajar telah
dipecahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil untuk melakukan aktiviti seterusnya. Setiap
kumpulan diberi masa tertentu untuk melukis sebuah pulau yang merupakan negara mereka
sendiri. Pelajar perlu memikirkan tentang kedudukan kemudahan yang strategik, ciri-ciri
keselamatan pulau, serta mata wang negara tersebut. Melalui aktiviti ini, pelajar dilatih lagi
untuk berfikir di luar kotak agar dapat membina sebuah pulau yang realistik dan terurus. Aktiviti
yang dijalankan pada hari terakhir juga berteraskan konsep bekerjasama, di mana ia
merupakan elemen yang paling penting untuk menang sesuatu acara. Encik Muru, salah
seorang daripada fasilitator yang hadir, telah menegaskan lagi bahawa aktiviti yang dilakukan
mengajar diri pelajar tentang sifat bekerjasama. Jika mereka tidak bekerjasama, matlamat
tidak akan tercapai.
213