Page 221 - e-Dinamik
P. 221
Penyertaan Sebagai Ahli Panel hakim di Pertandingan Antarabangsa ‘Humans In
Space Youth Art Competition’ USA
Dr. Noriah Ismail telah sekali lagi dipilih untuk menjadi salah seorang ahli panel hakim
bagi Pertandingan International Humans In Space Youth Art Competitions 2019 yang di
anjurkan oleh SciArt Exchange USA dan mendapat tajaan serta kerjasama dari The
Association for Space Explorers (ASE), NASA, Lunar and Planetary Institute, Aerospace
Industries Association. Dr Noriah Ismail merupakan satu-satunya hakim yang terpilih dari
Malaysia dari 85 orang ahli panel daripada 36 buah negara. Panel hakim yang dipilih
terdiri daripada pakar-pakar berkenaan aeroangkasa, sains, teknologi, kesusateraan,
muzik, penulisan dan juga industri hiburan.
Pertandingan antarabangsa ini telah bermula pada 31hb Mei dan berakhir pada 31hb
Julai 2019. Lebih 500 penyertaan dari 36 buah negara di seluruh dunia telah menyertai
pertandingan ini yang dibuka kepada belia didalam lingkungan umur 10-18 tahun yang
telah menghantar karya berbentuk video, muzik, lukisan dan juga penulisan kreatif
bertemakan kepentingan kajian dan explorasi manusia di bidang angkasa lepas. Di
dalam pertandingan ini hasil karya telah dinilai dari segi kesesuaian tema, mesej dan
juga ciri estetika. Karya-karya terpilih sebagai juara telah di pamerkan di Museum of
Fine Arts Houston USA dan akan ditayangkan di seluruh dunia melalui pameran maya
di seluruh dunia. Pemenang utama bagi setiap kategori pula mendapat peluang bertemu
dengan angkasawan dari seluruh di Majlis Resepsi ASE. Senarai panel hakim,
pemenang dan hasil karya boleh dilihat melalui laman web rasmi pertandingan
ini:http://www.sciartex.net/moon-youth-art-competition-gallery.html
Disediakan oleh: 211
NORIAH BINTI ISMAIL