Page 217 - e-Dinamik
P. 217
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN NASYID ANTARA PERTUBUHAN ANAK-ANAK
YATIM
Pada 13 April 2019, anak-anak yatim dari Rumah Darul Saadah kelolaan Pertubuhan
Kebajikan Anak-anak Yatim Islam (PKAYI) Daerah Segamat telah menyertai 17 pertandingan
di Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid Anak-anak Yatim Islam Negeri Johor yang berlangsung
di dua sekolah di Pontian, Johor; SMK Dato’ Pengawa Barat dan SMK Dato’ Ali Hj Ahmad.
Pertandingan anjuran PKAYI Daerah Pontian itu disertai oleh kesemua 10 PKAYI di negeri
Johor. Pertandingan peringkat negeri ini diadakan untuk memilih peserta-peserta untuk ke
Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid PEYATIM Peringkat Kebangsaan kali ke-21 untuk tahun
2019M/1440H bertempat di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan pada 13 – 17 Ogos
2019.
Antara acara yang dipertandingkan adalah syarahan Bahasa Melayu, syarahan Bahasa
Inggeris, tilawah Al-Quran, nasyid dan berzanji. Kesemua pertandingan, kecuali azan,
dibahagikan kepada kategori pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
Saudara Aimaduddin bin Mahat mewakili PKAYI Daerah Segamat (PKAYIS) untuk
pertandingan syarahan Bahasa Inggeris bagi kategori pelajar lelaki, dan saudari Nur Ashikin
binti Rahim untuk pertandingan yang sama bagi kategori pelajar perempuan. Kedua-dua
pelajar menyampaikan syarahan yang bertajuk “Social Networks and Our Young Generations”.
Teks syarahan saudara Aimaduddin disediakan oleh saya sendiri, manakala teks syarahan
saudari Nur Ashikin disediakan oleh Puan Hajah Ramlah binti Yaakub (seorang pesara guru
dan sukarelawan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti PKAYIS). Saya juga turut melatih kedua-dua
peserta ini beserta peserta-peserta syarahan Bahasa Melayu, saudara Muhammad Shafiq bin
Sohri dan saudari Maizatul Umiumairah binti Abdul Wahab. Saudara Muhammad Shafiq
berjaya menggondol tempat pertama, dan kedua-dua peserta syarahan Bahasa Inggeris
berjaya memenangi tempat ketiga.
Dengan kemenangan beliau, saudara
Muhammad Shafiq telah mewakili negeri Johor
dalam pertandingan syarahan Bahasa Melayu
kategori pelajar lelaki pada Majlis Tilawah Al-Quran
dan Nasyid PEYATIM Peringkat Kebangsaan kali ke-
21 pada 16 Ogos 2019. Beliau menyampaikan
syarahan bertajuk “Peranan Ummah dalam
Memperkasa Anak Yatim” yang ditulis oleh Ustaz
Mohamad Zaki bin Razaly dari ACIS, UiTM
Cawangan Johor, Kampus Segamat. Saudara
Muhammad Shafiq berjaya menyampaikan syarahan
beliau dengan lancar dan bersemangat sekali. Aimaduddin, Shafiq, Hanel (Sajak Lelaki),
Namun, kemenangan tidak berpihak kepada beliau. Haryati, Arlieya Natashya (Sajak
Pertandingan tersebut dimenangi oleh wakil dari Perempuan), Nur Ashikin dan Maiztul
Perak, diikuti oleh wakil-wakil dari Melaka dan Umiumairah di SMK Dato’ Ali Hj Ahmad,
Terengganu. Walaubagaimanapun, syabas dan Pontian
tahniah kepada saudara Muhammad Shafiq atas
usaha dan keazaman beliau!!
207