Page 213 - e-Dinamik
P. 213

Sesi ceramah bersama Puan Koh Mui Lee         Antara exco yang terlibat


       Pada bulan Ramadan tahun 2019 pula, PBM tidak ketinggalan menganjurkan program “Sinari
       Ramadhanmu” pada 17 Mei 2019 mulai jam 3:30 petang hingga 10:00 malam yang bertempat di
       Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Islam Segamat(PKAYIS) di Gemereh, Segamat. Program ini telah
       dilaksanakan secara kerjasama dengan Gerakan Pengguna Siswa UiTM Johor. Program kolaborasi
       bersama-sama PKAYIS dan Gerakan Pengguna Siswa maju setapak lagi bagi PBM untuk belajar
       cara bekerjasama dengan pihak lain agar pengalaman yang ditimba dapat dijadikan bekal saat
       mereka mempunyai kerjaya atau aktif dalam komuniti masing-masing. Sempena bulan Ramadhan
       juga, anak-anak yatim di PKAYIS dapat mengisi masa mereka dengan lebih berkualiti kerana dapat
       beriadah bersama-sama siswa-siswi UiTM Johor. Melalui program ini juga, diharapkan para peserta
       dapat menanam niat untuk melanjutkan pelajaran di menara gading pada suatu hari nanti.























      Para peserta mendengar taklimat aturcara         Pengerusi Majlis
                      program



        Disediakan oleh:
        AINOL HASANAL BIN JALALUDIN


                                                                                                     203
   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218