Page 201 - e-Dinamik
P. 201

Laporan Aktiviti Fakulti & Pensyarah


                             SUSTAINABLE FLOATING CITY COMPETITION

                                      Siti Shahidah Binti Sharipudin




          Program “SUSTAINABLE FLOATING CITY COMPETITION” merupakan salah satu program yang dianjurkan bagi

          memenuhi penilaian berterusan silibus bagi kod kursus Introduction to Civil Engineering - ECM157. Objektif
          utama program ini dijalankan adalah untuk melatih para pelajar menggunakan daya inovasi dan kreativiti
          mereka bagi membuat rekacipta penyelidikan berasaskan ilmu sains fizik dan kejuruteraan yang dipelajari. Ia
          juga boleh mendidik minda pelajar-pelajar kejuruteraan awam untuk mengembangkan idea-idea inovasi sains

          dan teknologi sehingga menjadi satu produk yang praktikal yang dapat menyumbang sesuatu faedah kepada
          masyarakat dan komuniti. Disamping itu, program seumpama ini boleh memberi pendedahan kepada para
          pelajar kejuruteraan awam untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, berfikir, penyelesaian masalah selain
          menjadikan produk dan rekacipta projek yang dibuat sebagai satu sumber menjana pendapatan melalui

          konsep keusahawanan inovasi yang dihasilkan.
                        Program ini juga merupakan platform pembentangan projek para pelajar yang menggunakan
          konsep pembelajaran berasaskan masalah (PBL). Melalui kaedah ini, para pelajar perlu menyelesaikan masalah
          untuk menghasilkan pembinaan bangunan yang mampan, dengan penggantian kaedah pembinaan

          konvensional bagi mengurangkan kesan kitar semula ekologi, kesihatan dan alam sekitar sekaligus
          mencetuskan konsep pembangunan bandar terapung yang lestari dalam reka bentuk, pembinaan, operasi dan
          penyelenggaraan bangunan melalui khidmat nasihat pensyarah. Program “SUSTAINABLE FLOATING CITY
          COMPETITION” ini terdiri daripada 10 kumpulan yang terdiri daripada para pelajar Semester Satu Diploma

          Kejuruteraan Awam (EC110). Selain itu, seramai 4 orang juri telah dipilih untuk menilai hasil rekacipta para
          pelajar berdasarkan kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan. Antara kriteria pemarkahan yang dinilai adalah
          penggunaan visual yang berkesan, kaedah penyampaian yang jelas, kandungan persembahan, maklumbalas
          yang membina dan kreatif menghasilkan produk.

                        Kesimpulannya, program ini dijalankan sebagai langkah menerapkan budaya pemikiran
          secara kreatif dan kritikal di dalam diri para pelajar terutamanya pelajar kejuruteraan awam. Selain itu, para
          pelajar dapat menonjolkan impak kajian penyelidikan mereka kepada industri komersil dan memberikan
          pendekatan sosial kepada komuniti pelajar yang lebih meluas. Ia juga bersesuaian dengan hasrat Universiti

          Teknologi MARA bagi melahirkan mahasiswa yang berdedikasi, berkualiti dan cemerlang untuk mampu
          bersaing diperingkat global.




   192
   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206