Page 2 - e-Dinamik
P. 2

PERUTUSAN REKTOR



                                         Alhamdulillah dengan rahmat Allah SWT, majalah
                                         digital akademia UiTM Cawangan Johor, e-DINAMIK
                                         Edisi 1/2019, telah berjaya diterbitkan. Penerbitan
                                         majalah e-DINAMIK ini amat penting kerana ia menjadi
                                         wadah untuk warga akademia UiTM Cawangan Johor
                                         berkongsi hasil karya dengan seluruh warga UiTM
                                         serta masyarakat luar. Usaha ini dapat membantu
                                         seluruh warga dan masyarakat untuk lebih mengenali
                                         para akademia melalui bakat penulisan dan hasil karya
                                         mereka.

         Majalah digital ini adalah sebahagian dari Inisiatif ke-9 (Modal Digital) dari 13 Inisiatif
         Rektor 2019. Ia adalah unik kerana ia merupakan satu-satunya majalah warga
         akademia UiTM yang memaparkan karya-karya yang terdiri dari laporan aktiviti
         jabatan dan pensyarah, karya akademik dan umum, dan juga karya kreatif. Daripada
         karya-karya ini, kita dapat mencungkil dan melihat bakat penulisan dalam kalangan
         pensyarah-pensyarah. Ini juga merupakan platform yang dapat mendedahkan
         pembabitan pensyarah di dalam dan di luar negara, dan mempromosi setiap fakulti
         dan UiTM secara umumnya.

         Sekalung penghargaan dirakam kepada Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan
         Industri dan Alumni, Prof Madya Dr. Saunah Zainon di atas sokongan padu di dalam
         menjayakan penerbitan majalah ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Koordinator
         Unit Penulisan dan Penerbitan, Dr. Noriah Ismail yang juga merupakan Ketua Editor,
         serta warga Sidang Redaksi e-DINAMIK yang lain dan pensyarah-pensyarah yang
         telah menyumbang hasil karya masing-masing.

         Akhir kata, diharapkan Edisi 1/2019 ini akan menjadi permulaan yang cemerlang
         kepada edisi-edisi yang seterusnya.

         Sekian, wassalam.




         Profesor Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar
         Rektor
         Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor




   i
   1   2   3   4   5   6   7