Page 4 - e-Dinamik
P. 4

BINGKISAN TIMBALAN REKTOR



       (Penyelidikan, Jaringan Industri Dan Alumni)








                                        e-Dinamik lahir atas inisiatif Unit Penerbitan, Bahagian
                                        Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (BPJI&A),
                                        UiTM Cawangan Johor. Matlamat e-Dinamik adalah untuk
                                        menambahkan bilangan hasil penerbitan terutamanya di
                                        kalangan    para    pensyarah    UiTM     Cawangan      Johor.
                                        Matlamat ini menjadi satu realiti dengan sokongan Yang
                                        Berbahagia Rektor UiTM Cawangan Johor, iaitu Prof.
                                        Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar dan disusuli pula
                                        dengan kerja keras dan komitmen padu yang diberikan
                                        oleh Dr. Noriah Ismail, selaku Koordinator Penulisan dan
                                        Penerbitan bersama ahli jawatankuasa beliau.



       Koleksi penulisan e-Dinamik meliputi pelbagai gaya penulisan daripada penulisan
       akademik sehinggalah penulisan kreatif yang mampu menembusi segenap lapisan
       pembaca dan peringkat dari golongan muda hinggalah dewasa. Penulisan-penulisan ini
       dikumpulkan hampir memakan masa sehingga setahun untuk dikumpulkan dan
       disemakbaca sebelum ianya diterbitkan.           Usaha ini merupakan usaha murni yang
       diharapkan diterima Allah s.w.t. sebagai amal soleh yang bermanafaat kepada penulis
       mahupun pembaca.


       Di kesempatan ini, pihak pengurusan amnya dan PJI&A, khasnya, ingin merakamkan
       setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
       dalam memberikan kerjasama dalam menerbitkan e-Dinamik ini.                 Saya amat yakin
       kesempurnaan dan kejayaan e-Dinamik adalah hasil usaha semua pihak dan usaha ini
       harus diteruskan dari masa ke semasa. semoga e-Dinamik terus sukses.


       Profesor Madya Dr. Saunah Zainon
       Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni
       Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor





   iii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9