Page 5 - e-Dinamik
P. 5

KATA ALUAN KETUA EDITOR





       Assalamualaikum dansalam sejahtera.


       Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi
       dengan rahmat limpah kurniaNya e-DINAMIK edisi
       pertama ini berjaya diterbitkan. Selaku Ketua Editor,
       saya mengucapkan jutaan terima kasih khasnya kepada
       Rektor UiTM Cawangan Johor, Professor Madya Dr.
       Ahmad Naqiyuddin Bakar yang telah memberi sokongan
       dan kepercayaan kepada kami ahli Sidang Redaksi
       untuk menerbitkan majalah digital akademia sulung UiTM
       Cawangan Johor ini yang mana ianya adalah salah satu
       dari Inisiatif Modal Digital yang merupakan Inisiatif ke-9
       Rektor untuk 2019. Tidak lupa juga ucapan terima kasih
       yang tidak terhingga kepada Timbalan Rektor PJIA, Prof.
       Madya      Dr.     Saunah      Zainon      yang      banyak
       menyumbangkan idea serta kerjasama yang jitu, ahli
       Sidang Redaksi serta semua pihak yang bersama-sama
       bekerja keras dalam menerbitkan majalah ini.


       Majalah e-DINAMIK ini merupakan antara wadah untuk warga akademia kampus
       memaparkan karya mereka samaada dari segi laporan aktiviti, karya umum dan kreatif
       dimana ianya membantu mencungkil dan mengasah bakat pensyarah didalam bidang
       penulisan. Ianya juga merupakan medium perkongsian ilmu kerana banyak maklumat dan
       pengalaman yang dapat dikongsi bersama warga UiTM mahupun masyarakat luar.


       Akhir kalam, saya mewakili Sidang Redaksi e-DINAMIK memohon ampun dan maaf andai
       terdapat kekurangan serta kelemahan dalam kandungan edisi pertama ini. Semoga ianya
       menjadi pemangkin kepada usaha menambahkan hasil penerbitan yang bermutu kepada
       semua warga akademia UiTM Cawangan Johor serta memberi manfaat kepada semua.


       Sekian, wassalam.








       Dr. Noriah Ismail
       Koordinator Unit Penulisan Dan Penerbitan                                                        iv
       Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10