Page 3 - e-Dinamik
P. 3

BINGKISAN TIMBALAN REKTOR



          (Hal Ehwal Akademik)














          Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera.


          Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izinNYA
          majalah digital akademia, e-DINAMIK Edisi 1/2019 dapat menemui pembaca
          khususnya warga UiTM Cawangan Johor.


          Penghargaan yang tidak terhingga dihulurkan kepada semua pihak yang teribat
          secara langsung atau tidak langsung sehingga majalah digital ini dapat diterbitkan
          dengan jayanya. Tujuan majalah ini dihasilkan adalah untuk memaparkan laporan
          aktiviti pensyarah di setiap fakulti. Majalah ini juga turut memberi peluang kepada
          para pensyarah untuk mengasah bakat masing-masing dalam menghasilkan karya-
          karya yang bermutu. Ia juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada pensyarah
          lain untuk turut terlibat dalam aktiviti akademik dan bukan akademik serta
          melaporkannya di dalam edisi yang akan datang.


          Semoga majalah ini dapat memberi manfaat kepada semua para akademia UiTM
          Cawangan Johor secara khusus dan pembaca lain amnya.

          Sekian, wassalam.




          Dr Ahmad Razi bin Ramli
          Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik
          Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor







                                                                                                         ii
   1   2   3   4   5   6   7   8