Page 84 - e-Dinamik
P. 84

KARYA KREATIF 2:

                                         Nasihat Buat Sahabat


                                     Mencipta kenangan itu perlu...
                               Buat diingati dan disimpan kemas di hati...
                                      Begitu jua bila bersahabat...
                           Carilah cara dan cubalah untuk mencipta kenangan,
                                   Agar kekalnya membawa ke mati..


                                           Ingatlah sahabat..
                       Jauh manapun kamu lari, luas manapun lautan kamu redahi,
                             Tinggi manapun gunung kamu cuba usaha daki..
                             Jangan di lupa siapa kamu di mata sahabatmu..
                                    Bukan kehebatanmu yang dicari...
                               Bukan jua kemewahanmu yang didamba...
                             Tapi nilai sebuah ikhlas yang aku dan kamu cari..
                              walau kadang susah benar untuk kita temui..


                                           Nasihatku sahabat,
                                 Jagalah kesopanan disetiap tingkahmu,
                      Cara gaulmu serta susun butir bicaramu biarlah cantik teratur
                                      agar tenang untuk diamati....
                         Cantum segala rasa dan teguhkan dengan kepercayaan..
                               Sulami dengan gurau senda yang beradab...
                                Bersahabat janganlah kerana agamanya,
                           jangan juga kerana hartanya serta kepandaiannya...
                   Takut nanti jika suram agama rakanmu, jika susut harta rakanmu dan
                            jika kepincangan akal rakanmu menusuk ke jiwa..
                                  kamu terus kalah untuk bersahabat...

                                                Justeru...
                                       betulkan niatmu sahabat...
                                     Bersahabatlah kerana Allah....
                                kerana kekalnya hingga sampai ke mati...


                                  Bersahabatlah selagi Allah benarkan.

                                             Iendahsoraya
                                              31 Julai 2019







                                                                                                       74
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89