Page 80 - e-Dinamik
P. 80

Antaranya yang pertama, peningkatan kelajuan jalan kereta api daripada 238
              kilometer kepada 363 kilometer pada 2012, peningkatan frekuensi kereta api supaya
              boleh berjalan dalam linkungan 200 ke 230 kilometer sejam serta memperkenalkan
              kereta api yang menggunakan elektrik untuk mengurangkan gas karbon dioksida.
              Kedua, mengimplementasi sistem transit bas rapid dengan purata 76 kilometer jalan
              bas dibina pada tahun 2004 dan lebih 5000 bas diletakkan sistem Global Positioning
              System (GPS).

                 Ketiga, insentif mensasarkan 55 peratus bergantung kepada pengangkutan awam
              dengan meningkatkan kebolehcapaian pusat transit ke sesuatu destinasi. Keempat,
              menggalakkan penggunaan tenaga manusia sendiri untuk bergerak. Korea Selatan juga
              telah membina zon kawasan pejalan kaki dengan mengehadkan kelajuan kepada 30
              kilometer sejam. Kelima, pembinaan teknologi kenderaan yang menggunakan karbon
              yang sedikit seperti kereta hibrid, elektrik dan hidrogen (Kementerian Tenaga,
              Teknologi Hijau dan Air Malaysia, 2010).


                 Oleh itu, wajarlah bahan pengganti minyak mentah mula diterokai oleh negara-
              negara pengguna utama minyak mentah demi kelestarian alam sekitar. Ini dapat
              dibuktikan melalui kajian lepas apabila pertumbuhan ekonomi tidak mempengaruhi
              penggunaan minyak mentah di Korea Selatan. Ini menunjukkan bahawa Korea Selatan
              mampu menggunakan pengganti yang lebih baik selain minyak mentah untuk
              kelestarian alam sekitar.

              Rujukan:


              Chris Davenport. 2010. Market Drivers Influencing Carbon Management. International
              Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia IGEM2010,. Kuala Lumpur.


              Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia. 2010. Green Impact : Low
              Carbon Green Growth. International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference
              Malaysia IGEM 2010, hlm.223. Australia: Green Purchasing Network Malaysia.

              Yoo, S.-H. 2006. Oil Consumption and Economic Growth: Evidence from Korea. Energy
              Sources,    Part   B:    Economics,    Planning,   and    Policy,   1(3),   235–243.
              doi:10.1080/009083190881599














                                                                                                       71
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85