Page 76 - e-Dinamik
P. 76

Walau bagaimanapun, pada 22 Februari 2006, pelaksanaan GST sekali lagi
              ditangguhkan sehingga 1 Januari 2007. Ini kerana kerajaan mahu memberikan masa
              yang mencukupi kepada para peniaga dan pengeluar untuk penyusunan semula
              perniagaan, pembangunan sistem, dan latihan staf apabila sistem percukaian baharu
              dilaksanakan.


                 Sekali lagi, pada 24 November 2009, Rang Undang-Undang GST telah dibacakan di
              Parlimen dan di Dewan Rakyat sebagai satu langkah untuk membangunkan sistem
              percukaian yang lebih cekap, berkesan dan mampan. Walau bagaimanapun, pada April
              2010, penangguhan GST telah diumumkan semula disebabkan oleh dua faktor iaitu: (i)
              untuk memastikan undang-undang berkaitan perlaksanaan GST siap sepenuhnya; dan
              (ii) untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat.

                 Pada tahun 2010, di bawah Model Ekonomi Baru, Perdana Menteri keenam telah
              mencadangkan pembaharuan dalam sistem percukaian bertujuan untuk meningkatkan
              pendapatan negara. Komponen utama pembaharuan ini adalah untuk memperluas
              asas cukai dengan pengenalan sistem GST.

                 Asas cukai yang lebih pelbagai adalah untuk mengurangkan pergantungan kepada:
              (i) cukai pendapatan, masing-masing pada tahun 2012 dan 2013 menyumbang 56.4
              dan 58 peratus; dan (ii) hasil petroleum, yang pada tahun 2012 dan 2013 masing-
              masing menyumbang 32.6 dan 30.6.

                 Akhirnya, dalam Belanjawan 2014, Datuk Seri Najib Tun Razak, mencadangkan GST
              dilaksanakan pada kadar 6 peratus mulai 1 April 2015. Model GST Malaysia telah
              dipilih dan terdiri daripada tiga jenis mekanisme cukai: (i) kadar standard, (ii ) kadar
              sifar, dan (iii) pengecualian. Model ini digunakan untuk mengurangkan kesan GST ke
              atas kumpulan berpendapatan rendah. Dalam tempoh perlaksanaan, GST telah
              menyumbangkan hasil tahunan sebanyak RM44 bilion kepada negara.


                 Namun, mekanisma perlaksanaan GST telah diperbaiki selepas pilihan raya umum
              ke-14 apabila Pakatan Harapan membentuk kerajaan baru. Kerajaan yang diketuai oleh
              Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengubah mekanisma GST daripada kadar 6 peratus
              kepada kadar sifar bermula dari 1 Jun 2018 selepas genap 3 tahun dan 2 bulan
              perlaksanaannya.


                 Perubahan mekanisma ini adalah hasil daripada manifesto yang telah dibuat oleh
              Pakatan Harapan semasa kempen pilihanraya iaitu untuk menghapuskan GST.
              Manakala, pada 1 September 2018, cukai baru telah diperkenalkan untuk
              menggantikan GST, iaitu SST. Reformasi cukai ini diperlukan untuk meningkatkan
              semula permintaan agregat dan kuasa beli pengguna.



                                                                                                       67
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81