Page 71 - e-Dinamik
P. 71

Namun, peluang pekerjaan baharu yang memerlukan kemahiran tinggi akan
            bertambah. Pekerja mahir seperti pengkod komputer dan penyelenggara peralatan
            informations and communications technology (ICT) akan lebih diperlukan di masa
            hadapan. Tambahan lagi, di dalam era RI 4.0, pekerja perlu bersiap siaga dengan
            kemahiran seperti penyelesaian masalah kompleks, memiliki ciri-ciri kepimpinan dalam
            pengurusan sumber manusia dan mesin, serta kemahiran analisis dan interpretasi data
            (The Star, 2019).

              Namun persoalan yang harus diketengahkan di sini adalah, sejauh manakah sektor
            pendidikan Malaysia bersedia dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di
            mana kemahiran mereka selari dengan gelombang industri ini. Malaysia harus
            mencontohi negara maju di mana pelajar didedahkan dengan mata pelajaran pengekodan
            seperti Python, Java dan C++ di peringkat sekolah. Ini penting agar pelajar mampu
            berdaya saing dalam sektor industri setelah menjadi tenaga kerja di era RI 4.0 yang
            mencabar. Justeru, penggubal dasar pendidikan negara harus mengambil kira
            perkembangan ini agar Malaysia tidak hanyut dalam gelombang perindustrian yang
            semakin berkembang ini.

            Rujukan
            Bendahari Universiti Malaysia Pahang. (2019). Revolusi Industri 4.0.   Retrieved from
            https://bendahari.ump.edu.my/index.php/en/info-kewangan1/530-revolusi-industri-4-0


            Maier, A., & Student, D. (2014). M D in Germany. Manager Magazin (12/2014), pp. 92-98.
            putridayangbunting. (2018). Revolusi Perindustrian 4.0.   Retrieved from
            https://putridayangbunting.blogspot.com


            The Star. (2019). Preparing Students for Industry 4.0. The Star. Retrieved from
            https://www.thestar.com.my/news/education/2019/05/12/preparing-students-for-
            industry-40/























   62
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76