Page 67 - e-Dinamik
P. 67
LAPORAN AKTIVITI 1: BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR
BAGI KOD KURSUS ECO120, ECO162, ECO211 DAN ECO261
Penulis: Rosmah binti Abd Ghani @ Ismail
Jabatan Ekonomi UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat
Jabatan Ekonomi telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Kertas Soalan
Peperiksaan Akhir Bagi Kod Kursus ECO120, ECO162, ECO211 DAN ECO261 pada 23
dan 24 Januari 2019. Bengkel ini bertujuan untuk mengatasi masalah asas dalam
penyediaan kertas soalan peperiksaan. Proses penyeragaman penyediaan kertas
soalan peperiksaan ini perlu diselaraskan supaya kandungan pengajaran yang
digariskan di dalam Outcome Based Learning (OBE) dapat dicapai.
Melalui bengkel ini, diharapkan jurang variasi pemahaman antara pensyarah dapat
dikecilkan sekaligus mengurangkan peratusan kesilapan. Sehubungan dengan itu,
bengkel ini dirangka untuk mewujudkan ruang dan peluang kepada pensyarah Jabatan
Ekonomi duduk semeja bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan
penyediaan soalan peperiksaan akhir supaya setiap pensyarah mendapat input dan
pemahaman yang sama. Di samping itu, bengkel ini adalah berbentuk perbincangan
dalam kumpulan (LDK) yang akan diketuai oleh Lecturer In Charge (LIC) bagi empat
kod kursus iaitu ECO 120 (Principles of Economics), ECO162 (Microeconomics),
ECO211 (Macroeconomics) dan ECO261 (Malaysian Economy).
Bengkel ini dijalankan selama dua hari iaitu dari pukul 8 pagi sehingga ke pukul
5.00 petang. Seramai 15 orang pensyarah dari Jabatan Ekonomi terlibat dengan
bengkel ini termasuk Lecturer in-charge untuk kod kursus ECO120, ECO211, ECO261
dan ECO261. Bengkel berjalan lancar dan berjaya menghasilkan dua set soalan
peperiksaan akhir bagi setiap kod kursus yang terlibat dengan kerjasama kehadiran
para pensyarah yang akan mengajar subjek tersebut.
58