Page 68 - e-Dinamik
P. 68
LAPORAN AKTIVITI 2: TOT PRINCIPLES OF ECONOMICS ECO120
Penulis: Norfariza binti Mohd Ali
Jabatan Ekonomi UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat
Jabatan Ekonomi telah menganjurkan Bengkel Training for Trainers (TOT ) Principles of
Economics ECO120 bagi pensyarah yang mengajar subjek tersebut terutamanya
pensyarah yang baru kali pertama mengajar subjek ini dan kebanyakannya daripada
jabatan lain. Bengkel ini telah diadakan pada 27 Januari 2019. Para pensyarah diberi
pendedahan berkenaan perubahan penilaian pada Assessment, Course Information dan
Lesson Plan. Pelaksanaan projek kumpulan pelajar turut ditekankan di dalam bengkel ini
kerana ia memberi markah yang banyak kepada Assesment.
Proses pengajaran dan pembelajaran ECO 120 ini perlu diselaraskan supaya
kandungan pengajaran yang digariskan di dalam Outcome Based Learning dapat dicapai.
Proses penyeragaman dapat diaplikasi melalui sudut bahan pengajaran seperti nota
kuliah dan kerja kurus itu sendiri supaya tidak mempunyai pendekatan yang terlalu
berbeza di kalangan para pensyarah.
Bengkel ini hanya dijalankan setengah hari sahaja iaitu dari pukul 8 pagi sehingga ke
pukul 1.30 tengahari sahaja. Seramai 13 orang pensyarah terlibat dengan bengkel ini
termasuk seorang penceramah iaitu Puan Aidarohani yang juga merupakan Lecturer in-
charge untuk kod kursus ECO120. Beliau turut dibantu dengan seorang fasilitator iaitu
Puan Diana’ binti Mazan. Bengkel berjalan lancar dengan kerjasama kehadiran para
pensyarah yang akan mengajar subjek ini pada sesi Mac - Julai 2019.
59