Page 63 - e-Dinamik
P. 63

Kedua, bijak ketika membuat pinjaman. Perkara utama yang perlu dititikberatkan
             dalam membuat pinjaman adalah tujuan pinjaman dan kenalpasti sama ada ia adalah untuk

             memenuhi keperluan atau kemahuan. Seharusnya keperluan adalah yang lebih utama
             berbanding kemahuan. Pinjaman boleh dibahagikan kepada dua iaitu pinjaman bercagar (
             pinjaman perumahan, pembiayaan sewa-beli, overdraf ) dan pinjaman tanpa cagaran (kad
             kredit, mikrokedit dan pinjaman peribadi). Kita juga perlu tahu kebolehan untuk membuat

             bayaran balik, kedudukan aliran wang, jenis pinjaman yang diperlukan dan akhir sekali sejarah
             pinjaman yang direkodkan di dalam CCRIS.


                  Ketiga, guna kad kredit dengan efektif. Antara perkara penting yang perlu diambil kira
             berkaitan kad kredit adalah seperti berikut:

             1.    Sebelum melanggan mana-mana kad kredit, dapatkan maklumat berkaitan kad kredit
                   bank yang berkenaan, tujuan melanggan, kadar faedah dan juga kelebihan yang

                   ditawarkan
             2.    Awas dengan kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank jika berlaku tunggakan.
             3.    Pastikan bayaran balik dibuat pada masa yang telah ditetapkan.
             4.    Elakkan bayaran tertunggak kerana ia akan menjejaskan rekod di CCRIS.


                 Kesimpulannya, perancangan kewangan adalah untuk persediaan masa hadapan. Ia
             adalah langkah yang terbaik mengurangkan risiko kebankrapan di masa akan datang. Selain
             itu, ia juga membantu kita membuat simpanan dan juga pelaburan. Kita harus ingat, jika kita

             gagal merancang maka kita juga merancang untuk gagal.



























   54
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68